Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, August 31, 2008

PUASA DAN KAITAN MAKAN MINYAK KELAPA DARA


RASAKAN KESEGARAN DENGAN MINYAK KELAPA DARA (COCONUT VIRGIN OIL)


Puasa...Mengapa perlu Minum Minyak Kelapa Dara dari perspektif sains





"Oleh itu bagi kaum muslimin yang berpuasa, sedangkan mereka perlu aktif bekerja pada siangnya dan inginkan masa lebih untuk beribadat pada malam harinya, sangat digalakkan untuk menjadikan Minyak Kelapa Dara sebagai sebahagian dari menu berbuka puasa dan juga menu bersahur mereka agar mereka cukup tenaga dan punya daya tahan serta mampu sentiasa aktif."


Nota : Minyak Kelapa Dara adalah tergolong dalama Medium Change Fatty Asid (MCFA=Asid Lemak Rantai Sedang)





Minum Minyak Kelapa Dara ( kaya dengan MCFA)....Menambah tenaga & menyimpannya lebih lama.


Makan makanan yang mengandungi MCFA seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi sebagai bahan bakar kenderaan. Kenderaan akan lebih laju dan lancar serta mampu mencapai jarak kilometer yang lebih jauh. Begitulah, dengan MCFA, tubuh dapat bergerak lebih baik kerana mempunyai lebih banyak tenaga dan daya tahan yang lebih besar. Ini kerana MCFA disalurkan secara lansung ke dalam hati dan diubah menjadi tenaga, tubuh mendapatkan tambahan tenaga. Oleh kerana MCFA dengan mudah dapat diserap oleh organ sel penghasil tenaga, maka metabolisme akan meningkat. Peningkatan energi ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.

Fakta bahawa MCFA dicerna secara lansung untuk menghasilkan tenaga dan merangsang metabolisme telah mendorong para atlit untuk menggunakannya sebagai bahan untuk meningkatkan ketahanan tenaga semasa latihan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap daya tahan fizikal tikus yang di beri MCFA pada makanan harian dibanding dengan tikus yang tidak di beri MCFA.


Kajian ini dilanjutkan sehingga lebih dari enam minggu. Tikus didorongkan pada ujian daya tahan renang setiap dua hari. Ditempatkan pada satu takungan air dengan arus yang tetap. Waktu berenang sebenar sehingga ia keletihan diukur. Didapati pada pertama kalinya hanya ada sedikit perbedaan diantara tikus yang diberi makan MCFA dengan yang tidak diberi MCFA. Hari-hari berikutnya mendapati bahawa tikus yang diberi MCFA mulai mengungguli tikus lainnya dan semakin lebih baik di sepanjang waktu ujian.

Ujian ini seperti mendemontrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus.

Satu kajian (analisa) lainnya dengan menggunakan subjek penelitian manusia mengikut asas penelitian pada haiwan di atas. Dalam penelitian ini di libatkan atlit berbasikal. Para atlit tersebut dikehendaki minum salah satu dan tiga minuman iaitu (1) larutan MCFA, (2) minuman olah raga atau (3) kombinasi minuman olah raga dengan MCFA. Mereka diminta mengayuh basikal mereka pada 70% kepantasan maksimalnya selama dua jam. Pada akhir ujian mereka mendapati bahwa atlit berbasikal yang meminum campuran minuman olah raga dengan MCFA berpenampilan paling baik dalam ujian masa.



MCFA Minyak Kelapa Dara mampu mengawal dan menyimpan glikogen.


Para pengkaji berpendapat bahawa MCFA memberi sumber tenaga tambahan kepada atlit, jadi mengeluarkan simpanan glikogen iaitu tenaga yang disimpan di dalam jaringan otot, akan habis digunakan selama pengendaraan tiga jam. Semakin banyak glikogen ada di dalam otot semakin besar daya tahan atlit. Maka zat apa saja yang boleh menyimpan glikogen pada saat memberikan tenaga akan bermanfaat untuk daya tahan atlit.


Dalam satu kajian lanjutan untuk menguji teori pengeluaran glikogen, para peserta berbasikal pada 60 kekuatan maksimalnya selama 3 jam dengan meminum salah satu minuman yang diberikan pada kajian sebelumnya. Dengan mengikuti latihan, kadar glikogen otot diukur dan terbukti sama untuk ketiga atlitnya. Kesimpulannya adalah MCFA tidak mengeluarkan simpanan glikogen, namun benar-benar memperbaiki prestasi. Perbaikan dalam penggunaan tidak berhubungan dengan pengeluaran glikogen dan harus dihubungkan denagn satu mekanisme lainnya.

Hasil dari kajian ini dan lain-lain kajian mendapati miuman olah raga dan minuman tenaga yang di jual dipasaran juga diperkaya dengan MCFA untuk memberikan sumber tenaga yang cepat. MCFA yang paling sering digunakan pada minuman olah raga dan minuman tenaga berada dalam bentuk minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT). Ia biasanya diindikasikan sebagai “MCT” pada label pembungkusannya. Sehingga kini para atlit dan orang yang sentiasa aktif mencari kaedah nutrisi, bukan ubat untuk menigkatkan prestasi para atalit mulai mencari dan menggunakan MCFA yang mudah didapati dari Minyak Kelapa Dara.

Mudah difahami kenapa para atlit tertarik untuk mendapatkan daya tahan dan tenaga yang lebih besar, namun bagaimaan dengan golongan bukan atlit ?. Sebenarnya MCFA boleh melakukan hal yang sama. Kalau dimakan secara teratur, MCFA mampu memberikan peningkatan pada tenaga dan daya aktiviti sehari-hari.


Selain itu disamping menambah kadar tenaga, ada manfaat lain yang sangat penting bagi yang sentiasa mengambil Minyak Kelapa Dara dalam pemakanan mereka, iaitu peningkatan angka metabolik yang konsekuensinya akan membantu melindungi dari penyakit dan mempercepat penyembuhan. Hal ini kerana pada saat metabolisma ditingkatkan, sel akan berfungsi lebih efisien. Dalam hal mereka yang terluka, keadaan ini membantu menyembuhkan luka mereka lebih cepat, sel lama dan sel yang kena penyakit diganti lebih cepat dan sel muda di kembangkan dengan cepat untuk menggantikan sel yang usang. Hasilnya sistem kekebalan tubuh akan berfungsi lebih baik.

Beberapa gangguan kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung dan osterosklerosis lebih mudah terjadi pada orang yang mempunyai metabolisma rendah. Kondisi kesihatan akan lebih buruk kalau angka metabolisma lebih rendah dibanding metabolisma normal, kerana sel tidak mampu menyembuhkan dan memperbaiki dirinya secara cepat. Maka peningkatan angka metabolisma, memberikan peningkatan perlindungan dari penyakit degeneratif dan penyakit menular.

No comments:

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas