Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, September 15, 2008

Teknik percuma - Hebatnya Kuasa Niat (Power Of Intention)

Seorang perokok menyatakan kehairanannya bahawa bulan puasa boleh pulak dia sehari suntuk tidak merokok meskipun dia seorang kaki rokok

Ini fenomena yang berlaku setiap kali menjalani ibadah puasa. Kekuatan niat berpuasa kerana Allah dengan semerta telah dapat mengubah tabiat seseorang.

Dalam Islam, niat adalah rukun yang penting dalam menjalani sesuatu ibadah. Tanpa niat ibadah tidak sah . Letak niat adalah di hati. niat mestilah dikaitkan kerana Allah.


Niat juga adalah syarat amal itu diterima seperti hadis Rasullulah yang bermaksud " sesungguhnya amal itu bermula dengan niat.

Dengan berniat melakukan sesuatu kebaikan telah dikira ganjaran pahala di sisi Allah 1 bahagian manakala sesudah niat itu dipraktikkan maka digandakan amalan itu sehingga 10 kali ganda hingga kepada 700 kali ganda oleh Allah swt melainkan ibadah puasa yang Allah sendiri akan membalas sebanyak-banyak pahala yang tidak diberitahu bilangannya.

Orang Islam melakukan amalan ibadah adalah semata-mata kerana Allah . Di sini terdapat hubungan yang kuat antara makhluk dengan penciptanya.

Jadi bagi kita orang Islam untuk melakukan sesuatu perkerjaan baik maka niatkan amalan kita kerana Allah semata-mata. Di sinilah kekuatan dan kehebatan orang Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah di atas kerja buatnya bagi mencapai kejayaan dunia untuk akhiratnya.

Sepertimana janji yang kita lafazkan setiap kali sembahyang " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana Allah tuhan sekalian alam"

7 lafaz niat menjadikan anda insan yang luarbiasa dan istimewa

1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.
2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar
3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untuku
4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.
5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram
6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi
7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikkan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.

Lakukan lafaz ini sambil resapkan di dalam hati dengan memahaminya apa yang anda sebut selama 30 hari dan anda akan dapati suatu perubahan yang hebat berlaku pada diri anda kerana anda menjana tenaga getaran emosi positif di dalam dan di luar diri anda.

3 comments:

  1. Setiap perkara yang baik, jika diniat melakukannya kerana Allah, insyaAllah akan dapat ganjarannya. Kadang-kadang ganjaran itu Allah bagi ketika masih hidup di dunia ini lagi dan sebahagian pulak Allah bagi ganjarannya ketika di akhirat nanti. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang berbuat sesuatu yang baik ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tirana. anda benar2 memahami maksud tersirat tulisan ini

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas