Rasa kurang percaya pada diri menyebabkan banyak perkara yang ingin kita lakukan dibatalkan begitu sahaja kerana kita merasakan bahawa kita tidak mampu untuk melakukan hal tersebut. Banyak peluang yang lalu di depan kita, dibiarkan sahaja kerana rasa kekurangan diri. Selagi kita tidak mengatasi masalah ini selagi itulah minda bawah sedar kita akan menjadikan ianya satu batu penghalang bagi memperolehi kejayaan dalam kehidupan. Bagaimana cara yang terbaik supaya kita dapat keluar dari linkungan 'penjara' yang kita bina sendiri sejak kecil lagi?
Rasa percaya diri dibentuk sejak kecil lagi dalam kehidupan kita sama ada dari aspek baka ataupun alam persekitaran kita. Saya pernah melihat bagaimana beraninya anak-anak kecil dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun berenang di Pulau Redang. Mereka begitu berani berenang kerana alam perdekitaran mereka adalah dikelilingi pulau.
Sejarah bagaimana kita di didik oleh ibu bapa, ahli keluarga rakan-rakan dan guru-guru dan persekitaran di rumah atau di alam persekolahan telah banyak mempengaruhi sikap percaya diri yang mana secara tidak langsung minda bawah sedar kita merakamkan peristiwa itu seterusnya kita membuat persepsi atau tanggapan pada diri kita sendiri.
Cara meningkatkan rasa percaya diri:-
Komponen-komponen yang terlibat ialah minda sedar,minda bawah sedar, emosi,hati dan imaginasi.
1) Minda sedar - dengan mengetahui ilmu pembangunan diri dan motivasi diri dan melakukan peniruan serta diselaraskan mengikut cita rasa sendiri, kita mampu membentuk rasa percaya diri.Dengan kuasa niat dan keazaman yang tinggi untuk merubah keperibadian yang berkeyakinan.Melalui kekuatan pancaindera kita, serapkan seberapa banyak ilmu pembangunan diri dengan meniru sikap, penampilan,kelakuan dan pemikiran orang yang berjaya.Dengan cara ini kita dapat membuat pengukuran diri supaya kita dapat kikis dan hilangkan rasa rendah diri yang terbentuk sejak dahulu lagi
2) Minda bawah sedar- Ingat. Minda bawah sedar menerima apa sahaja sama ada benar atau tidak tetap dianggapnya benar. Inilah kekuatan minda bawah sedar.Jika dibandingkan kemampuan, minda sedar hanya 10% dan minda bawah sedar keupayaannya 90%. Apa-apa sahaja yang dimasukkan ke dalam minda bawah sedar, semuanya diserap sebagai betul.
Dengan menggunakan teknologi NLP (Neuro Linguistic Programming), kita mamu menwujudkan satu kepercayaan diri yang luar biasa.Tiga komponen penting iaitu pendengaran, penglihatan dan hati(perasaan). Ketiga-tiga modaliti ini adalah sebagai alat yang berpasang-pasangan bagi mencipta 'realiti' baru yang akan membawa anda kepada anjakan paradigma baru.
setakat ini sahaja .Insya Allah saya akan jelaskan lebih terperinci lagi cara penggunaan NLP dengan berkesan.
CAri duit halal.SILA KLIK
Seminar QSQ
6 years ago
No comments:
Post a Comment