Bisnes yang memberikan pulangan lumayan pada saya

Bisnes yang memberikan pulangan lumayan pada saya
JIka anda ingin tambah pendapatan, sila klik. sungguh mudah dan menyakinkan

Wednesday, November 26, 2008

Khidmat percuma -kaunseling




Salam . Blog cahaya akal ingin memberikan sumbangan kaunseling percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah:-



Sila nyatakan permasalahan yang perlu dikongsikan dalam ruangan comment. semoga Allah memberikan bimbingan dan panduan untuk kesejahteraan umat .InSYAALLAH dengan sedikit ilmu yang saya miliki dapat dimanfaatkan dalam blog cahaya akal.Terima kasih

JOM CARI DUIT BERSAMA SAYA. CARA BISNES ONLINE TERMUDAH DAN TERMURAH.SEMUA ORANG BOLEH BUAT.KLIK DI SINI

7 comments:

Tirana said...

Bagusnya Amiey..ada khidmat percuma pulak di sini.. Nanti saya war-warkan di blog saya. Manalah tahu ada kawan-kawan yang memerlukan pertolongan.

slumbeRAJA said...

bagus nie. jarang orang nak bagi kaunseling percuma kecuali masa sekolah dulu.

nak tukar link? kalau sudi nak tukar link bgtau la kat chatbox saya yerks ^^

niez said...

sy menghadapi masalah tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja(full time)..lagipon saya juga masih belajar(part time)..kdg2 sy termenung panjang tanpa buat apa-apa..sudah berzikir, berselawat (tenang masa tu)..tapi tetap dtang balik ketensenan..senyuman pon tak seindah dulu..mungkin sbb belajar (assignment) yang saya masih tak siap2 menyebabkan sy jadi ilang tumpuan..tapi sy byk termenung panjang...sukar..terima kasih.

mindataqwa said...

Assalamualaikum, niez

Pertama kali saya ucapkan tahniah kerana menggunakan khidmat ini.
Saya juga ingin mengucapkan rasa kagum di atas pengorbanan yang saudara/ri lakukan bagi meningkatkan taraf kehidupan dengan melakukan dua perkara serentak bekerja sambil belajar.

Saudara/i sebenarnya berada dalam situasi burn out iaitu terperangkap dalam zone stress negative yang menyebabkan terlalu banyak tenaga negative yang melimpah keluar secara automatic.

Walaubagaimana pun saudara/i perlu kembali pada paksi keseimbangan , supaya dapat memulihkan perangkap zone tersebut. Di sini saya akan mencadangkan beberapa langkah yang Insyaallah boleh membantu saudara.

1. Teknik ikrar janji- Caranya ialah saudara sentiasa perbaharui janji ikrar secara rela sauadara akan memperolehi /menamatkan dengan jayanya dalam pelajaran . Dengam menggengam tangan katakan sebagai contoh apa sahaja pada diri saudara bahawa “ apa jadi pun aku akan tetap menamatkan pelajaran ini dengan jayanya “ kemudian genggam tangan kanan sambil menumbuk tangan kiri yang terbuka.(Jangan tumbuk kuat2 nanti sakit pula) .Nyatakan dengan penuh emosi bersemangat. Caskan tenaga ini berulang kali yang saudara rasa perlu. Saudara sedang melakukan teknik cas tenaga getaran emosi yang akan mengwujudkan rasa semangat.

2. Teknk visualisasi – caranya ialah pilih masa-masa yang sesuai maka lakukanlah gambaran saudara telahpun mencapai kejayaan tersebut (rujuk dalam artikel saya –teknik menggunakan minda bawah sedar) sebagai contoh situasi sedang menerima skrol ijazah dan dengarkan,lihat dan rasa penuh emosi peristiwa tersebut. Setelah aktiviti ini saudara akan rasa seronok , segar dan bersemangat..lakukan berulang kali yang saudara rasa perlu.

3. Teknik Affirmation (Mengiakan)- gunakan kekuatan selftalk iaitu kata-kata positif yang saudara benar-benar yakin melakukan sebagai contoh :
A) Setiap hari aku semakin bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa sahaja tugasku. B) Aku rasa amat seronok dan berkemampuan melakukan tugasan ini. NYatakan apa sahaja yang anda rasakan perlu..

4. Teknik doa - Doa adalah senjata bagi orang Islam, maka ambillah peluang terutama selepas solat, nyatakan mintalah hajat saudara secara bersungguh-sungguh pada Allah supaya makbulkan doa dan lakukanlah solat hajat.


5. Teknik bentangkan masalah - saudara tuliskan senaraikan permasalahan saudara mengapa saudara rasa bebanan, senaraikan penghalang-penghalang tugasan.Analisiskan permasalahan tersebut.
6. Teknik bentangkan jalan penyelesaian- Tuliskan rancangan dan cadangan-cadangan bagaiamana saudara dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Ingat otak kita akan mempunyai kuasa lebih 100 kali ganda dalam penyelesaian masalah jika kita menulis ( Sebagai contoh kalau nak buat bangunan , maka dituliskan/dilakarkan di atas kertas)

7. Belajar teknik pengurusan masa yang mudah - Saudara perlu ada buku journal/diari/time planner/bulu catatan . Saudara senaraikan tugasan yang perlu dilakukan keesokan harinya. Paling mudah sebelum tidur, senaraikan 6 perkara tugasan yang perlu saudara lakukan. Pada esoknya. Sekarang hidup saudara bermatlamat

7. Sebelum tidur saudara arahkan pada minda bawah sedar saudara bahawa suruh minda itu cari apa sahaja cara atau kaedah selesaikan masalah saudara. . Biar minda bawah sedar saudara berkerja sewaktu saudara sedang tidur.

8. Bangun pagi dengan doa dan kata-kata positif dan perasaan gembira,bersyukur dan berazamlah dengan cara menggengamkan kedua tangan katakan Aku akan laksanakan tugasan yang aku rancangkan sehabis baik.

9. Ledakan tenaga baru- Jangan bertangguh lagi , saudara sekarang dalam mode tenaga yang hebat maka lakukan semua yang dirancangkan .Jangan bertangguh kerana tenaga yang tidak dilepaskan maka akan berlaku ganguan pada diri saudara. Buat dan buat , dan buat sehingga tiba untuk muhasabah semula(waktu malam) tugasan dan senaraikan 6 aktiviti untuk hari esoknya. LAKUKAN SEHINGGA SAUDARA BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN.
SEmoga jawapan in dapat membantu saudara >INSYAALLAH.AMIN
SEMOGA BERJAYA!

niez said...

terima kasih.,.saya akan cuba mempraktikkan ia..saya akan pastikan sy bergraduasi MAC 2009 ini!!!

pelangi said...

Assalamualaikum.Apa khabar? sy hrp 'anda' n seisi keluarga sentiasa sihat,ceria n luar biasa bagus. Masalah sy : 1-Sy mudah berprasangka buruk terhadap org lain n sensitif 2-Bagaimanakah cara utk memudahkan sy bangun utk solat tahajjud d waktu sepertiga mlm ? TQ :)

Anonymous said...

saya ingin berkongsi pengalaman saya harap dapat jadikan pengajaran

Aku menulis ini bukan kerana nama bukan kerana politik bukan kerana wang.aku telah mengalami kemalangan yang agak teruk baru-baru ini.sebelum itu aku ceritakan sedikit peribadi ku

nama ku muhamad faisal bin jamal.ayah ku telah arwah lama dahulu dan aku hidup bersama ibu ku di putra heights.aku kerja di johor sebagai pengurus ndt.aku sudah bertunang dan tunangku berkerja di segi college.aku minat duit.hehehe.muzik.dan berkeliaran/merempit dgn kawasaki ninja ku

baru-baru ini aku kemalangan.keadaan aku agak parah.aku di masukkan di icu selama 2 hari dan aku merepek selama 1 minggu selepas kemalangan(sebagai contoh aku menyanyi lagu negaraku)dan aku tak ingat semua itu (semua orang yang cerita)

ketika sudah 3 minggu aku di rumah berehat aku baru sedar.aku sudah banyak kehilangan benda.benda itu bukan wang tapi kenangan.aku kehilangan memory aku sedikit...ingat2 lupa ada 2-3 benda dan aku kehilangan kenangan anak buah aku membesar kerana aku mengejar wang dijohor

aku kini telah berhenti .aku rasa lega.gaji ku di johor boleh mencecah lima ribu ringgit(sebagai welding inspector) tapi kalau nak dibandingkan dengan anak buah aku membesar aku tak nampak.aku tinggal kan tunangku sorang.tiada harga dapat dibayar untuk semua itu

aku berasa malu dengan tuhan.aku dahulu seorang yang bongkak.aku punya wang.soal blanja tu hal kecik.aku dahulu ada company.dah tutup.rupanya aku tak sedar tuhan dah turun kan bala agar aku sedar.bila eksiden ni baru aku sedar.lebih kurang cam ni la
ada company-tutup ada masalah wang habis banyak gak la pastu kerja di singapura pastu berhenti kerja di subang keje yg sama gak la brenti gak last skali keje kat johor.
aku dijohor.pasal sembahyang jangan cakap la.aku rosak kat sana.aku tgk org buat maksiat aku biar.aku mmg tak guna sana
lepas accident ni aku taubat.jika anda baca ni ingat lah tuhan boleh tarik nyawa tarik rezki turun bala anytime jer.
jika yang membaca ni sahabatku.aku minta maaf aku pohon .jika kamu bukan kenalan ku pun aku minta maaf.bersedialah di muka bumi ini bukan sebagai hamba duit tapi ingatlah allah

YA ALLAH KAU SEDARKAN LAH SETIAP UMAT ISLAM DIDUNIA .JANGAN BIARKAN MEREKA HANYUT SEMAKIN JAUH.SEDARKANLAH MEREKA SEPERTI KAU SEDARKAN AKU.MAAFKAN AKU YA ALLAH JIKA AKU ENGKAR DENGAN PERINTAH MU YA ALLAH- AMIN


jika ada sesapa yang boleh bantu saya untuk perkerjaan no saya 0173372193
saya duduk di puta heights subang jaya(rumah kluarga)

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas