Anda mesti berikan kod kepada diri anda supaya minda bawah sedar anda merakamkanya dan mengarahkan setiap sel -sel diri anda untuk diselaraskan mengikut kepercayaan baru yang anda ingin cipta.
Apa yang menarik, minda kita boleh diprogramkan mengikut pilihan kepercayaan kita. Anda boleh jadi sesiapa sahaja dengan melakukan peniruan.
Bagi mencipta kod tersebut langkah yang perlu anda buat ialah menggunakan kaedah simulasi .
Dengan kaedah ini anda akan mencipta suasana alam baru di dalam sistem kepercayaan anda. Ingat minda bawah sedar tidak dapat membezakan yang mana realiti atau fantasi . Apa sahaja kod yang diprogramkan semuanya dianggap betul.
Dengan penggunaan sistem modaliti pendengaran, penglihatan dan perasaan (hati) anda boleh menjanakan kod personaliti baru yang anda idamkan. Apa yang penting anda perlu tahu dengan jelas individu berpersonaliti yang mana yang anda idamkan.
Sebagai langkah mudah ,anda boleh visualkan 'pertemuan' anda dengan orang-orang yang penting , berkedudukan ,berpengaruh dan popular seperti perdana meneteri ,artis pujaan anda, pemimpin-pemimpin dunia dan siapa sahaja yang anda kagumi.
Sebelum membuat visualisasi, anda perlu melihat dan merakamkan gaya, cara bercakap, gerak geri mimik muka dan sebagaiya untuk anda rakamkan dalam minda bawah sedar anda.
Setelah anda dapat ingatkan, maka visualkan ;pertemuan anda dengan semua 'orang-orang penting ini sedang berkomunikasa dengan anda. Dengan'penglihatan, pendengaran dan emosi anda rasakan peristiwa itu benar-benar berlaku sehinggakan anda berasa taraf anda sama seperti mereka. akhir sekali pastikan mereka ini patuh mendengar apa yang anda perkatakan. Perasaan penghargaan diri yang baru ini akan membuatkan anda merasakan diri anda sama penting dengan diri mereka dan tiada bezanya.
Kemudian anda perlukan kod diri anda apa sahaja yang anda rasakan bagi simulasi kepercayaan baru diri anda..
Contoh KOD
1) Akua dan mereka sama penting dan berpengaruh
2) Aku kagum dengan mereka dan mereka kagum dengan aku,
3) Mererka menyatakan aku hebat dan berkebolehan
4) Aku memiliki diri yang penuh keyakinan dan dapat mengawal diriku sepenuhnya
5) Aku suka pada orang lain dan semua orang suka pada aku
6) Aku adalah pemimpin
7) Semua orang patuh dan suka dengan caraku
8) Aku seorang yang berani dan berjiwa kental
9) Aku sentiasa berada di puncak kehebatan apabila selesaikan masalah
10) Aku bertanggung jawab terhadap diriku sepenuhnya
Anda boleh cipta apa sahaja kod untuk diprogramkan dalam minda anda. Yang penting sekali masa visualisasi, pastikan emosi anda benar-benar dapat merasakan situasi tersebut dan percaya itulah diri anda yang baru.
Lakukan berulangkali apa sahaja simulasi supaya anda amat merasakan betapa anda juga adalah orang yang amat penting sebagaimana mereka yang anda kagumi.
Ingat! persepsi kita boleh diselaraskan mengikut orang yang macam mana kita mahu.
Sebagai contoh apabila anda berhadapan dengan budak kecil atau orang yang bawah pangkatnya diri anda anda merasakan diri anda 'besar' . Manakala bila anda berhadapan dengan orang yang berpangkat atasan atau orang yang berpengaruh anda merasakan anda begitu 'kerdil' Perasaan ini terjadi secara automatis.
Tetapi bila anda berjaya kodkan diri anda maka anda akan merasakan orang lain penting dan anda juga adalah orang penting. Maka tidaklah anda akan merasakan diri anda 'kecil' apabila berhadapan dengan orang yang lebih tinggi kedudukkannya.
Seminar QSQ
6 years ago
Very good tips indeed.. Nanti saya cuba... Thanks amiey for sharing this article.
ReplyDeleteterima kasih tirana.
ReplyDelete