Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, April 3, 2009

Petua meningkatkan Keyakinan diri



Macamana saya nak yakinkan diri? Saya selalu berasa kurang yakin dalam melakukan sesuatu. Saya selalu teragak-agak. Bolehkah saya melakukannya?. Inilah pertanyaan yang selalu kita kemukakan bila memperkatakan keyakinan diri.Apa itu keyakinan? Menurut Ranjit Singh Malhi, keyakinan diri adalah kepercayaan yang kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai cita-cita tertentu.

Sebenarnya konsep keyakinan ini telah kita miliki dan menggunakan sepenuhnya semasa kita mula-mula hendak belajar berdiri dan berjalan.Keyakinan diri adalah merupakan sesuatu yang tumbuh dalam diri secara beransur-ansur. Dalam proses belajar berjalan kita bermula dengan terbalikan badan . Apabila kita mula meniarap, seterusnya mula mengesot, merangkak dan seterusnya kita mula berdiri dan berjalan setapak demi setapak dan pada waktu itu kita sering kali tersungkur dan terjatuh. Namun kita tidak pernah berputus asa. Kita terus bangkit, mencuba dan terus mencuba dan akhirnya kita dengan megahya boleh berjalan malah boleh berlari dan melompat.HEBAT!!!


Apakah kita tidak pernah mengambil pelajaran dan iktibar dari sentuhan kejayaan yang telah kita perolehi sejak dari kecil lagi?
Kita selalu mengeluh bahawa :AKU TIDAK YAKIN.

Petua yang ingin dikongsi bagi membina keyakinan diri ialah:.

1) Kenali diri anda seadanya. Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang mana-mana sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri kita seadanya tanpa syarat. Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita walau apapun. Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian atau rupa paras maka kita sedia dan menyayangi diri kita. Kita mungkin boleh ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan , kegemukan badan dan cara kita bersosial.Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kebanyakkan kita memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Amalkan bual diri yang positif dengan banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya. Katakan selalu Aku mesti melakukan . Aku mampu untuk lakukan . Ingat keyakinan tumbuh membesar secara beransur-ansur. Kita perlu buat dan mengalami peristiwa berkenaan dan dari masa ke semasa kita akan pasti meningkatkannya. Katakan Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan.

4) Lebih kerap bergaul dengan rakan-rakan yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan sebarkan racun minda pada diri anda. Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda ciptakan walaupun sekecil mana pun. Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. yang lebih baik ialah raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan dimasukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda.untuk sentiasa berada di puncak. ( Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengar muzik yang santai
dan relak.)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan.
Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.

9)Bertindaklah dengan keyakinan. Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi

10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan cita-cita dan matlamat anda. Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11)Jangan sesekali memandang rendah akan kebolehan anda. Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita anda dengan jelas. Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda tidak pernah gagal sebenarnya yang ada cuma hasil usaha . Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk mencipta mentol

Mana-mana idea yang boleh anda terima, bolehlah jadikan panduan , Maaf kalau pendapat ini tidak menepati syarat maksud yang anda inginkan bagi membina keyakinan diri. Saya hanya sekadar berkongsi pengalaman diri saya dalam membina keyakinan diri sendiri.




35 comments:

  1. nice entry~! been following ur blog since jan 09. keep up those motivational kick =)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah ... saya link kan petua ni di blog saya yek .. sudi2 la singgah !!

    ReplyDelete
  3. memupuk keyakinan diri memg susah.....
    malu merupakan penghalng utama untuk terus lebih berkeyakinan.....

    ReplyDelete
  4. terima kasih diatas petua itu,insyaAllah saya akan praktikkan......semoga saya sejahtera selepas ini...amin

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk petua ini,saya akan cuba melakukan apa yang tertulis dalam petua diatas.saya harap saya akan menjadi lebih berkeyakinan selepas ini......

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas petua ygbsangat bergunaini..

    ReplyDelete
  7. sy mmg mpunyai mslah kurang aykin diri..dan bile bace petua2 di atas, keyakinan sy bertambah!

    ReplyDelete
  8. saya takde keyakinan diri...
    it's very down...

    ReplyDelete
  9. topik yg sgt menarik..tips yg sgt berguna bt sy..tq

    ReplyDelete
  10. tips2 sbgini bley memotivasikn dlm tuus mnnyelongkar kykinan dri kte.

    ReplyDelete
  11. tmeksh tok tips2 cmneh...

    ReplyDelete
  12. bagusnya artikel ni....sangat membantu!

    ReplyDelete
  13. tips2 yg 'gempak'.....byk sdrkan sy tntg dr sndri..

    ReplyDelete
  14. terima kasih diatas pertua yang diberikan.. memang sangat berguna..

    ReplyDelete
  15. panduan yang sangt berguna..tq.

    ReplyDelete
  16. trims..sebelom ni mmg sder mslh dengan keyakinan diri..insyallah slps nie..sye akn perbaiki dgn mngunakan petua2 nie...trimas skali lgi....

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongisan ilmiah ini. :)

    ReplyDelete
  18. as salam...tk...insyaALLAH..cuba mempraktikan..mudah mudahan anda bahagia..amin

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, terima kasih atas pertua ini, saya cuba untuk dapat keyakinan diri saya, terima kasih kerana berkongsi juga, tak rugi saya kalau membacanya, harap saya dapat terus hidup saya dan perlu kuat semangant untuk dapat keyakinan diri saya, amin.

    ReplyDelete
  20. like this entry^^ saya sangat memerlukan petua ini..

    ReplyDelete
  21. petua yang sangat bagus , tambahan pula tahun hadapan saya akan mengahadapi peperikasaan PMR -^_^-

    ReplyDelete
  22. tapi saye nie gagap.. maybe bub kurang keyakinan diri n xbyk bergaul.. tu yg mcm nie.. thanz bg nasihat.. tapi saye yakin, xde manusia yg dilahirkn gagap.. ia mybe dpengaruhi dri persekitaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. saya pun gagap..tu sebab saya tak banyak bergaul dngn kawan2.. tkot kawan2 nanti gelak plak.. lepastu saya ni malu.. kadang2 orang cakap ngan saya.. saya memaling tmpt lain.. tapi telinga mdengar.. :(

      Delete
  23. terima kasih keranamembaca dan atas sokongan anda semua

    ReplyDelete
  24. Knapa Takde selitkan kerohanian? Tak guna jika berjaya didunia tapi tidak diakhirat? Mungkin kita diuji dengan kesenangan dan kejayaan yg bagus didunia, tapi itu tidak beerti kita berjaya di akhirat. Kerana dunia bersifat sementara. Waallahu'allam

    ReplyDelete
  25. terima kasih.. saya harap selepas ini saya boleh memupuk keyakinan pada diri saya.. dan saya tak akn fokus pada kelemahan saya.. dan saya juga tak akan mengejar kesempurnaan. amin..

    ReplyDelete
  26. Insyaallah saya akan berkeyakinan...nk berjaya kn yakin..thanks you atas tips..kdg2 sy rasa down..kdg2 rasa yakin...kdg2 xyakin...perasaank bercampur baur..hehehe

    ReplyDelete
  27. nice advice, betul keyakinan ibarat seperti pokok yang beransur besar.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih atas maklumat ini.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih ats perkongsian ini. Kerana ia bnyk membantu saya dlm perdebatan. tambahan lagi saya gagal menonjolkan keyakinan saya di sesi penghujahan tadi. :-)

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas