Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, May 17, 2009

Teknik hukum tarikan :Langkah 1


Hukum tarikan akan bertindakbalas kepada apa sahaja getaran emosi yang anda keluar dan pancarkan dengan memberikan semula lebih banyak getaran itu kepada anda, sama ada getaran tenaga itu positif atau negatif. Ia akan benar-benar menarik dan bertindak balas secara magnetik kepada tenaga hidup dan alam persekitaran anda.
Ingat. Tubuh anda sebenarnya adalah sebatang magnet yang berkuasa menarik apa sahaja yang berada di sekeliling anda.Pada kali ini saya akan berkongsi cara bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan tenaga hebat anugerah Allah



Langkah pertama: Kenal pasti impian anda dan mulakan niat untuk memiliki impian tersebut bagi dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.nya ialah anda kenal pasti terlebih dahulu apa yang KONTRAS(berlawanan) yang anda tidak mahu berlaku pada diri anda. Kontras tersebut sama ada yang telah sedia ada pada diri anda atau yang masih belum ada lagi.

Anda boleh kategorikan misalanya:-

Kerjaya , ekonomi, hubungan anda dengan orang sekeliling,sikap peribadi ,kemahiran komunikas anda,pendidikan,kesihatan dan imej sedia ada.Matlamat anda juga hendaklah termasuk cuba menghadkan kotras dalam hidup anda

Bahagikan kepada 3 kolum: iaitu
Kontras, kelebihan yang wujud dan Jelas( apa yang sebenarnya anda inginkan)

Contoh:- Kedudukan ideal komunikasi SAYA
Kontras
1) Saya Tidak lancar dalam pertuturan
2) Saya Tidak yakin kemukakan pendapat
3) Tidak berani untuk bercapa di hadapan orang ramai
4) Apabila bercakap , saya selalu berdebar-debar
5) Biasanya saya hanya menjadi pendengar sahaja
6) Saya berasa orang kurang minat dengan perbualan saya
7) Saya sukar untuk menyakin orang lain tentang hujah yang dikemukakan

Kelebih an
1) Saya rajin membaca
2) Saya suka bergaul
3) Saya ada cita-cita nak jadi penceramah hebat


JELAS (Apa yang sebenarnya saya MESTI dapat dan inginkan!)
1) Bertutur dengan lancar
2) Orang lain amat berminat mendengar percakapan saya
3) Menjadi penceramah yang hebat dan berwibawa
4) Dapat mengeluarkan hujah yang menyakinkan apabila mengeluarkan pendapat
5) Bertutur dengan penuh keyakinan dan mantap
6) Menjadi seorang motivator
7) Percakapan saya ditonton di televisyen dan didengari di corong radio
8) Menjadi rebutan orang bagi berkongsi ilmu
9) Tidak rasa gentar dan gementar apabila terlibat dalam pengucapan awam

INGAT: APa sahaja yang anda inginkan pastikan anda memang amat berminat dan memerlukannya. Senaraikan sebab kukuh mengapa anda mesti memenuhi impian anda . Juga senaraikan AMBAK( APA MANFAAT BAGIKU). Jangan paksa diri dengan melakukan apa yang tidak anda suka.

INGAT: Anda hanya perlu menunjukkan dengan tepat dan jelas( Jika boleh dinyatakan dengan angka dan gambaran lebih baik. Tandanya anda akan merasa satu perasaan kehebatan dan PASSION (Keghairahan untuk memiliki dan mencapainya). Begiu juga anda tidak merasa keraguan dan anda benar-benar yakin dan mempercayaia ,InsyaAllah anda akan memperolehinya.

Berjumpa lagi bagi langkah yang seterusnya. Selamat maju jaya.







6 comments:

  1. Teknik yang hebat..setakat ini saya belum cuba secara serius..Untuk membuktikan teknik ini berkesan atau tidak, kena cuba sendiri dengan bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  2. sangat berkesan jika di dasari dengan relaksasi dan ikhlas........

    ReplyDelete
  3. SEMEMANGNYA,KUASA TARIKAN MINDA POSITIF SANGAT HEBAT..SEPATUTNYA,SETIAP MANUSIA HARUS MENGAMALKAN TEKNIK INI DENGAN BERSUNGGUH2 DAN JUGA DENGAN PERKATAAN "YA,SAYA MAHU LAKUKANNYA"

    http://supernovabusinessbideas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. TERIMAKASIH.HEBATNYA KEJADIAN ALLAH YANG DIANUGERAHI DENGAN AKAL FIKIRAN DAN MERUPAKAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. MARILAH SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN ILMU INI, AKAN BERTAMBAH KEIMANAN TERHADAP KEKUASAAN DAN KEAGUNGAN ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  5. saya dah cuba..inya betul2 berjaya.. siapa sangka orang ketinggalan dalam pelajaran ketika sekolah kini mempunya restoren sendiri pada umur blum sampai 30 tahun..sy bangga dgn diri saya.. trima kasih Allah...

    ReplyDelete
  6. memang best hukum tarikan ni, dapat barang free tanpa perlu kta keluarkan wang.

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas