Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Thursday, July 9, 2009

Rangka tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama.


Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

den nga
TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

Selamat berjaya!


6 comments:

  1. Suka artikel ni... Minta izin nak copy and paste ke blog saya ye...(untuk rujukan dimasa2 depan)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tirana. saya izinkan untuk tujuan penyebaran ilmu. moga dapat memberi manfaat pada orang lain yang mencari-cari formula kejayaan

    ReplyDelete
  3. Amiey..

    Terimakasih. Alhamdulillah saya dah paste artikel di atas ke blog saya..

    http://meniti-hari.blogspot.com/2009/07/rangka-tindakan-blue-print-manusia.html

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum :
    Artikal yang di tuliskan bagi saya merupakan sesuatu yang sangat menarik.....

    TBAA= R .
    T thought iaitu pemikiran.
    B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan .
    A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah
    A Action iaitu tindakan hasil dari perubahan
    R pula ialah result atau hasil.

    Saya cuma ingin menambah sedikit agar dapat di kongsikan dengan bail lagi...

    Apa yang perlu pembaca membina Energy dalaman.Agar fomular tersebut dapat di jalankan dengan bekesan

    T thought iaitu pemikiran. Perlu di janakan dengan energy agar Thought bekerja dengan lebih baik. Jika energy tersebut mempengaruhi T maka
    pada lapisan believe system akan mencipta paradikma baru ini akan mempengaruhi formular yang lain pula dan hasil juga akan berubah.

    B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . Untuk mempercayai sesuatu memerlukan tenaga. Energy di perlukan untuk membina sebuah kepercayaan.


    A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah
    A Action iaitu tindakan hasil dari perubahan
    R pula ialah result atau hasil.

    Sikap dan tindakan sangat di pengaruhi oleh Energy. Contoh: Semua manusia ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka . Tapi mereka tidak

    MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK MENJALANKAN APA YG MEREKA PERCAYA, TIDAK MAMPU UNTUK MEMBETULKAN SIKAP, TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENJALANKAN APA YANG MEREKA PERCAYA. MAKA HASILNYA SANGAT TIDAK MEMUASKAN.

    Bercakap untuk menciptakan satu perubahan pada diri. Sangat mudah . Tapi kita tidak mempunyai kekuatan untuk berubah .... apa pun formular yg di beri tidak akan berjaya...

    Bagai manakah untuk mendapatkan Energy atau kekuatan untuk menjalankan formular tersebut???

    Kenapa saya mengatakan begini. Sebab alasan saya adalah Bahan asas penciptaan Alam semesta adalah Energy.

    Maka seharusnya energy di libatkan dalam formular ini .
    wallahualam

    ReplyDelete
  5. nice artikel. saya juga mintak kebenaran copy..saya letak sumber dari web ini..
    blog saya http://darkritz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. mohon copy and paste dlm blog saya..

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas