Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Tuesday, November 27, 2007

TEKNIK MENGGUNAKAN SUBCONSCIUS ANDA!



TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUBCONSCIUS MIND)




SubCM adalah satu wadah yang telah sedia ada di dalam roh manusia. Justeru itu kemampuan Sub CM amat luar biasa. Ia pernah digelar gergasi yang tidur oleh pakar motivasi barat. Sebenarnya kemampuannya mencakupi seluas alam semesta yang di cipta oleh Allah. . Iaitu getaran (power) yang ada pada Sub CM itu lebih laju dari cahaya yang terlaju . lebih berkuasa dari kehebatan cahaya. .Sub Cm boleh menembusi segala sempadan di alam semesta ini. Dan boleh menuju ke alam ghaib, ke alam akhirat dan merasai kehebatan Allah .Sehingga ujudnya Ehsan. Itulah kekuatan yang hakiki. ”Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu nampak dan jika tidak boleh sesungguhnya Allah melihat kamu. Kekuatan minda menjadi tanggung jawab yang besar kerana dengan minda Allah kurniakan kebaikan ,maka dengan akal juga manusia akan disiksa.

Langkah mengaplikasikan SUB CM
Waktu penggunaan- Selepas mennaikan solat (Yang terbaik jika solat Qiamulail) kerana gelombang Alpha otak pada ketika itu berada pada tahap tertinggi.
Mulakan dengan membaca Basmallah dan Selawat kepada Nabi. Duduk di dalam keadaan tenang, tarik nafas nisbah 1 : 4 : 2 - (4 - 16- 8) iaitu 4 tarik nafas hingga ke perut , 16 tahan nafas dan kiraan 8 hembus nafas . Tarik nafas melalui hidung dan hembus nafas melalui mulut. Ulang sehingga 5 kali paling kurang.
Sekarang tenaga sel badan anda berada dalam keadaan yang amat bertenaga dan getaran (frekuensi minda) berada pada tahap 8-12 hz) iaitu di panggil juga sebagai tahap lali. Kejam kan mata . kosongkan minda. Jadikan skrin layar di dalam minda anda putih bersih.
Sekarang keluarkan diri anda dari tubuh mulai dari kaki hingga ke hujung kepala ( Melalui imaginasi) secara perlahan-lahan. Sekarang anda boleh ’lihat’ diri anda sedang duduk dan anda sekarang berada terapung-apung di udara. Untuk latihan anda boleh ’menjelajah ke mana sahaja anda hendak pergi. . Sekarang anda nampak pula bumbung rumah anda. Terus menjelajah sehingga rumah anda kelihatan kecil. Terus lagi anda mencecah awan dan melihat lautan yang luas terbentang. Apungkan lagi badan anda sehingga anda lihat bumi dari angkasa. Terus lagi menjelajah hingga ke angkasa raya melihat sistem suria dan planet-planet yang mengelilinginya. ( Dengarkan suara angin, lihatkan dengan sejelas-jelasnya gambaran tersebut dan rasakan suasana sekelilingnya dan menembusi emosi kehebatan anda) Ingat kawalan untuk mengecil atau membesarkan suara begitu juga sifat terangnya gambaran tersebut berserta warnanya – anda sendiri pengawalnya kerana remote control di tangan anda! Sekian sahaja latihan pertama yang amat menakjubkan _Cubalah rasakankehebatannya! Kaedah akan di sambung jika ada permintaan ......

5 comments:

  1. wow..menariknya dan sungguh hebat sekali kaedah ini...kena cuba ni...tp saya mmg tahu akan kehebatan subconcious mind ni...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing invaluable information here in your blog. I would like to read more. Keep it going. You are doing great.

    ReplyDelete
  3. Lebih hebat dari telepati. Dengan secara ini bila2 badan astral aa bisa raun2 ke Malaysia buat menjenguk adikku Waliz kapan saja. Dengan bangga ijinkan aa kopas dan link ke http://tebakmanggis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Salam. terima kasih kerana berkongsi ilmu. puas saya cari mengenai minda separa sedar.

    ReplyDelete
  5. Sungguh hebat perkongsian saudara ini. Jika tak keberatan saya ingin tahu kaedah yang seterusnya. Tqvm

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas