Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, December 28, 2007

Apa itu hukum tarikan ( Law Of Attraction)?


Ketahui apa dia hukum tarikan (Law of Attraction) . Satu kaedah yang luarbiasa telah berjaya membantu berjuta -juta orang mencipta kejayaan mereka. dAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA. INSYAALLAH.
Hukum Tarikan ( Law of Attraction)

Pernahkah anda berada di tempat orang yang sedang bergembira dan anda juga dapat merasakan perasaan kegembiraan? Begitu juga apabila anda berada di dalam kumpulan yang sedang bersedih, tiba –tiba jiwa anda diruntun kesayuan dan merasakan suasana emosi tersebut. Atau pernahkah anda turut juga menguap apabila rakan anda di sebelah mula menguap? Apakah fenomena ini?

Hukum ini adalah satu sistem yang berfungsi secara suatu tenaga akan menarik sesuatu DI SEKELILING apabila tenaga getaran berlaku di dalam minda seseorang.

Tenaga getaran yang dihasilkan melalu emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran.. Cara ia bergerak adalah seperti apabila anda membalingkan batu pada air. Gelombang dari kecil akan bergerak secara berbilang –bilang bulatan yang besar. Lagi besar batu dan kuat anda baling akan menghasilkan lebih besar riak gelombang itu.

Tenaga emosi terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Tenaga getaran positif ahila gembira, ceria , semangat, yakin, kasih , teruja, selesa,Bangla dan sebagainya.

Tenaga getaran negatif ialah sedíh, kecewa, benci ,putus asa, marah, dendam,sunyi dan sebagainya.

Tenaga akan mengikuti ke mana sahaja minda bergerak. Siapa diri anda sekarang dan apa yang anda rasakan sekarang , kesemuanya adalah hasil dari getaran emosi yang anda sendiri bertanggungjawab menghasilkannya samaada anda sedar atau tidak atau samada anda hendak atau pun tidak sebenarnaya Ia adalah hasil dari aktiviti minda anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan

Mengapa kita perlu tahu hukum tarikan ini? Ia adalah supaya anda tahu kaedah untuk mencipta kehidupan yang bagaimana yang anda ingin dan citakan terjadi pada anda dan keluarga tercinta. Anda adalah arkitek kehidupan anda sendiri!

Ketahui cara menggunakan hukum tarikan ( Law of Attraction) pada artikel akan datang untuk mengubah kehidupan yang lebih cemerlang!

7 comments:

  1. Mr Amiey dah habis baca buku "the secret" ke? Saya sedang baca tapi belum khatam lagi.... Saya ada buku the secret dalam bentuk audio tapi belum sempat di upload ke ipod. Sekarang ni saya sedang bercuti di Melbourne. InsyaAllah bila balik ke Malaysia nanti, saya akan sambung dengan penulisan saya...

    ReplyDelete
  2. belum lagi, saya berminat nak baca. setiap artikel saya ditulis dgn jiwa kasih dan sayang pd semua insan. kebahagiaan mrk adalah kebahagian saya. ini salah satu cara saya dpt pancarkan rasa kasih sesama manusia

    ReplyDelete
  3. Mr Amiey pernah ambil course dip counselling sebelum ni? Saya bercadang nak ambil course tu tahun ni di UM as part timer.. Kalau Mr Amiey pernah ambil, boleh la cerita sikit pasal course tu pada saya. Ni email add saya ranasari2007@yahoo.com atau zaitirana@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam slalu sangat dengor about the secret tapi ape sebenarnyer the secret tuh?
    ada tak kaedah untuk saya lebih memahami cara untuk menggunakan law of attraction ini..
    harap bantu saya
    hafiz
    ngerisungguh@gmail.com

    ReplyDelete
  5. the secret tu mmg bestla tp ada x dalam versi melayu??
    kalau ada mana nak dapat eh??

    ReplyDelete
  6. ada kat aku, villa, give me your email address to me, taalidi@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Menarik sekali ulasan artikel ini mengenai hukum tarikan atau hukum penarikan. Sebenarnya konsep ini memang sedia ada dalam ajaran agama kita, cuma kita sahaja yang mungkin tidak menyedarinya.

    Jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan hukum tarikan dan pengaplikasiannya boleh lah dapatkan buku Mat Jenin Moden di http://www.matjeninmoden.com

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas