Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, December 31, 2007

Hentikan segera bicara kendiri negatif

Teknik segera menghentikan bicara kendiri negataif

Bicara kendiri negatif memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian malah seumur hidup. Sel neuron menyimpan segala maklumat bicara kendiri negatif . Bayangkan apa akan jadi pada anda jika stor ini telah menyimpan sehingga anda berumur 30 tahun. Neuro-neuron ini bersambung oleh sinap. Sambungan yang membentuk neuron ini berkaitan antara satu dengan lain.Akhirnya membentuk personaliti anda yang lemah.

Apabila terdetik sahaja bicara kendiri negatif, segala maklumat yang terdahulu dalam simpanan minda akan diasosiasi (dikaitkan) lalu menyerbu masuk ke dalam fokus pemikiran anda. Pada ketika ini anda akan rasa ’DOWN” kerana bertalu-talu maklumat negatif akan dikeluarkan dari simpanan minda.. Anda akan berasa kecewa, rendah diri, rasa tidak berguna, tertekan dan murung. Perasaan bimbang juga menghantui diri anda.

Tahap keyakinan anda akan menurun. Anda mula berasa ragu-ragu dan akhirnya mengutuk diri sendiri yang anda rasa andalah orang yang paling malang dalam dunia ini tidak seperti nasib orang lain yang lebih beruntung. Kesannya anda sentiasa mendapat kegagalan dalam hidup.

Kesannya ,bukan sahaja pada tekanan minda malah pada tahap kesihatan anda akan turut terjejas. Bicara kendiri negatif adalah seperti bebola salji yang menuruni gunung. Semakin lama saiznya semakin membesar. Kesan bola salji yang semakin berat ini akan membebankan sistem minda anda dan berlakulah ganguan mental secara berulang-ulang.

Pelbagai teknik untuk menghentikan serbuan bicara kendiri negatif memenuhi ruang pemikiran anda.

Apabila ianya berlaku , anda cuma perlu cabar minda anda. Melalui fizikal ialah sambil menepuk atau mencubit atau genggam kedua-dua tangan anda dan hayunkan ke bawah kuat-kuat sambil sebut CUKUP atau HENTI atau TIDAK dengan suara tegas seperti marah .Pada ketika jiwa anda menjadi lemah maka ketegasan anda akan memulihkan keadaan tersebut.Jika tidak anda akan tenggelam dan hanyut dalam jiwa yang lemah seperti orang putus cinta .

Katakan aku sanggup terima apa sahaja terjadi dan bertanggung jawap terhadap perbuatanku. Allah berkuasa pada tiap-tiap sesuatu. Segala yang berlaku adalah qada dan qadar Allah , Aku redha.. Setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.

Dengan kekuatan hati katakan aku pasti perbaikinya atau aku pasti menjadikan ianya lebih baik. Dengan apa sahaja penegasan kata-kata anda maka kesan bola salji yang terbentuk akan pecah berderai. Amalan ini akan dapat menghindarkan perasaan negatif dan menjadikan anda seorang insan yang sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan .
SELAMAT MAJU JAYA> HAPPY NEW YEAR> WELCOME 2008
SETIAP KEHIDUPAN ITU AMAT BERHARGA >JANGAN DIPERSIAKAN MELAINKAN PADA APA YANG TERBAIK >SENTIASA GERAK KE ARAH SASARAN ANDA> LIFE IS TO SHORT> TIADA RUANG UNTUK PERKARA REMEH TEMEH >FIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI ANDA DAN ORANG SEKELILING DAN LAKUKANNYA!



No comments:

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas