Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, December 31, 2007

Bagaimana menjana kuasa hebat anda?

Bagaimana cara menjana kuasa di dalam diri anda? Pusat kuasa dalam diri kita ialah pada hati nurani. . Daripada hati akan dipancarkan kepada minda sedar dan segala kehendak atau arahan terus kepada minda bawah sedar kita dan hasilnya getaran emosi . Getaran emosi akan menarik sesuatu yang sama sifatnya, jika positif anda menarik kebaikan dan jika negatif anda menarik keburukan dalam sepanjang kehidupan anda..

Sarjana Barat selalu menyatakkan ” ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN”

Bagi kita orang Islam ’ ANDA ADALAH APA YANG ADA PADA HATI ANDA” Fikiran adalah alat yang digerakkan dari sumber hati.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud

” Dalam setiap jasad itu ada seketul daging, Jika baik daging itu maka baik seluruh jasadnya dan apabila rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah daging itu ialah hati”

Pada hati terletak sumber kekuatan iaitu terbitnya KEPERCAYAAN. Untuk membina kepercayaan yang hakiki sumber utamanya ialah Al-Quraan dan hadis nabi.
Al-Quraan adalah NUR CAHAYA ALLAH ( KALAMULLAH) yang akan menerangi hati dan sebagai yang suci dan bersih yang tidak mempersekutukan Allah.

Firman Allah ”Dan Kami turunkan di antara al-Quraan ada sesuatu yang (boleh) menyembuhkan (penyakit) dan rahmah untuk orang-orang yang beriman”

Iman ertinya percaya dan percaya itu letaknya di hati. Sebab itu niat di dalam Ibadah syaratnya mesti qasad (lintasan) di hati.

BAgi menjana kuasa kehebatan manusia yang dizinkan Allah , maka kita perla berusaha juga memasukan sifat mahmudah (baik ) dan mengeluarkan sifat mazmumah (jahat) dari hati kita..

Asas prinsip kejayaan ialah-
1) DESIRE
2) BELIEVE
3) DO IT until you get them

Apa gunanya kita mejana kuasa hebat tersebut? Supaya kita boleh memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat dan yang paling utama potensi kehebatan kita jana dapat kita gunakan untuk bertaqwa lepada ALLAH kerana di akhirat kediaman syurga dan neraka sebenarnya adalah pilihan anda sendiri.

No comments:

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas