Menguji tahap keberkesanan pelarasan minda bawah sedar anda!
2.Longgarkan segala otot-otot anda.. Tarik nafas nisbah 1: 4 :2 .. Ingat tarik nafas melalui hidung ( Sebab salur hidung ada penapis) dan tahan kemudian lepaskan melalui mulut.Lakukan sehingga anda berasa benar-benar selesa. Persediaan ini perlu supaya minda bawah sedar ( sub conscius mind) akan mengikut perintah minda sedar anda.
3. Gambarkan di dalam layar minda anda satu peristiwa iaitu peranan minda sedar berkomunikasi dengan minda bawah sedar ( sub conscius mind) pada masa yang paling gembira pernah anda alami. . Jika boleh dibuat dalam imej 3D. Sekarang cuba contrastkan imej tersebut cuba dengar bunyi suara-suara pada peristiwa tersebut .
Cuba kawal untuk membesarkan suara-suara tersebut dengan sejelas-jelasnya. Kekuatan konsetrasi amat diperlukan dalam sesi ini. Kemudian rasakan suasana suhu sejuk ,panas dan selesa dan rasaan sentuhan-sentuhan seterusnya masukkan unsur emosi yang anda rasakan pada ketika itu. Lagi realiti anda rasa peristiwa itu, maka lagi tinggi keberkesanannya
. .Ingat anda yang pegang remte control seperti kawalan Televisyen.Keberkesanan sesi ini juga dapat dirasakn oleh setiap inci kulit anda !DI sini bio kimia di dalam badan anda seperti adrenalin, serotonin dan endhorphin akan mengalir pada setiap sel-sel anda dan anda akan berasa begitu asyik sekali..
Bila anda telah benar-benar mahir maka boleh diaplikasikan di dalam peristiwa simulasi iaitu keadaan yang benar-benar anda inginkan terjadi di dalam hidup anda walaupun ianya belum berlaku! Dan InsyaAllah apa yang ada di dalam minda anda akan terjadi pada alam nyata. Sesuatu kejadian itu sebenarnya berlaku 2 kali iatu pertama di dalam minda anda dan kemudian pada alam nyata.Kekuatan daya imaginasi anda adalah merupakan getaran tenaga. Ini kerana mengikut hukum tabie , tenaga akan mengikut ke mana minda bergerak.
” Tuhan yang amat pemurah serta melimpah-limpah rahmat_NYA; Dialah yang mengajarkan Al-Quraan; Dialah yang telah mengajar manusia memberi dan menerima pernyataan”
Surah ar-Rahman :1-4)
Rencana ini akan bersambung ............................................
Saya terpanggil ke sini setelah menerima mesej Saudara, khususnya "ketahui rahsia *kelemahan* minda bawah sedar anda!" Inilah pertama kali saya mendengar kenyataan demikian, sejak setelah mula mendengar pengenalan *Minda* oleh Prof DiRaja Ungku Abdul Aziz; saya kemudian aktif menyuarakan *Minda* selaku Presiden Pertama Institut Perkembangan Minda, dan saya mengikuti beberapa kursus *Minda*, dan membaca buku mengenai *Minda*. *Kelemahan* yang Saudara nyatakan itu, pada saya adalah persepsi sedikit nakal, kerana saya lebih gemar mensyukurinya. Berteraskan apakah Allah dilihat membekalkan sesuatu yang lemah kepada manusia? Sedangkan ini tidak konsisten dengan manusia yang dikatakan sebaik kejadian. Benar, musuh manusia satu sahaja, yakni Iblis. Programnya syaithan. Ia tiada Kuasa menyesatkan, melainkan manusia memilih untuk mengikuti jejak langkahnya. Yang Berkuasa, Maha Kuasa, ialah Allah. Keizinan Allah, hendaklah dilihat dengan sifat-Nya. Ertinya, Allah tidak mengguna syaithan untuk tujuan menyesatkan manusia, melainkan Iblis itulah yang telah derhaka dan yang telah berjanji berlawanan ianya, untuk menyesatkan seluruh anak cucu Adam, kecuali orang yang Mukhlisin di antara kita. Jadi, yang dikatakan *doa* sebenarnya belum cukup vital untuk berhadapan dengan teknik kejahatan Syaithan. Klunya ialah Iklhas. Doalah sekian banyak dan kerapnya, namun selagi belum berpaksikan Tauhid, terlebih dahulu, maka bakal hampa dan rugi jua diri da'i itu. Semoga kita berkongsi maklumat begini dengan niat memenangkan Allah, demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah tidak memerlukan kita berbuat demikian, namun kita buat, demi menghajatkan keredhaan-Nya.
ReplyDeleteANJURAN: Kalau sulit khusyuk, kosongkan pikiran secara gosokkan ujung lidah di langit2 mulut. Awalnya akan mendatangkan rasa sangat geli, tapi akan membantu memudahkan untuk khusyuk. Namun jaga diri jangan sampai tertawa ya. Berlatihlah, lama2 akan mudah untuk merasa khusyuk.
ReplyDelete