Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Thursday, January 17, 2008

Kehebatan luarbiasa kata penegasan (The power of affirmation)

Kuasa Penegasan (The power of affirmation) menjana kekuatan diri (Self Strength) dari aspek kepintara minda, emosi dan spiritual bagi meningkatkan potensi diri sebenar anda.



Kuasa penegasan yang diulangkan pada diri sendiri dapat meningkatkan potensi diri pada tahap maksima mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada tiap-tiap diri.

Penegasan diri ialah berdasarkan matlamat baru yang ingin dicapai oleh seseorang bagi peningkatan dan kemajuan diri sebagi sepsis manusia yang telah diiktiraf oleh Allah sebagai ciptaan Nya yang hebat Diciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian

Sarjana barat menyatakan apabila seseorang mengulang-ulangkan perkataan positif apa yang individu inginkan dan percaya pada kata-kata tersebut lama-kelamaan ia akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian yang telah dilakukan oleh
pakar-pakar psikologi . Sebagai contoh “ Every day and every way I become better and better”

Bagi kita umat Islam, telah kita lakukan kuasa penegasan di dalam mengerjakan solat.Di dalam solat doa yang diucapkan pada setiap kali sembahyang 5 waktu sehari merupakan penegasan yang amat berkuasa meningkatkan pembangunan diri dari aspek minda,emosi dan spiritual.

Kejayaan proses peningkatan tersebut bergantung pada sejauh mana keupayaan kita untuk khusyuk di dalam sembahyang.. Tingkatan kecerdasan emosi tertinggi menyebabkan air mata mengalir membasahi pipi kerana jiwa bergetar dan dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah dan takut pada-NYa.

Terkandung kehebatan di dalam solat ialah surah yang diulang-ulang iaitu al Fatihah.

Surah Al-Fatihah ialah Surah yang terkumpul semua kehebatan nama-nama Allah.
Di dalam surah tersebut kita mengaku sebenar-benarnya sebagai hamba Allah dengan kita menyembahnya dan memohon pertolongan hanya pada Allah. Kita memohon juga ditunjukkan jalan yang lurus dan pohon menjauhi dari menjadi orang yang sesat lagi zalim.

“ Tiadakah kau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan? Suatu perkataan yang baik seperti pohon yang baik. Akarnya kuat (terhujam) dan cabangnya ke langit (menjulang). Ia menghasilkan buahnya setiap waktu dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia, supaya mereka ingat selalu.

Dan perumpamaam perkataan yang buruk adalah seperti pohon yang buruk, yang dicabut dari dalam bumi, dan tiada kekuatannya. Allah menguatkan orang-orang yang beriman, dengan perkataan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tapi Allah menyesatkan orang-orang yang durjana. Dan Allah melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki” Surah Ibrahim : 24-27


Read More......

Wednesday, January 16, 2008

Kehebatan kuasa perkataan

Kehebatan kuasa perkataan pada penjanaan minda untuk kepintaran emosi dan kepintaran spiritual. Serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal


Hadis Rasullulah telah menyatakan bahawa barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia mengeluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak lebih baik diam.

Diam juga adalah bentuk perkataan yang tidak bersuara yang juga merupakan satu kekuatan pada minda.

Nabi Muhammad telah mengajar kita bagaimana perkataan yang baik-baik dapat menghubungkan rasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Banyak kajian-kajian oleh sarjana psikologi personaliti telah membuktikan betapa berkuasanya kata-kata yang positif untuk membina keperibadian unggul. Kesan kata-kata yang negatif lebih banyak menimbulkan masalah kesihatan.

Setiap kata-kata buruk atau negatif yang diucapkan oleh individu, kesannya bukan sahaja pada orang yang mendengar malah pada yang menuturkan.

Perkataan yang diucapkan akan mempengaruhi minda seterusnya akan mengaktifkan sistem biologi di dalam tubuh badan . Biokimia badan akan memberikan kesan pada emosi seseorang.

Kata-kata yang baik akan mengaktifkan (feel good system) biokimia badan yang akan merangsang rasa selesa, seronok, gembira dan ceria. Perubahan darah pada airmuka seseorang yang mendengar penghargaan dan pujian akan menampakkan serinya berbanding dengan kata-kata nista

Kata-kata yang buruk boleh menyebabkan biokimia dalam badan merangsangkan rasa sedih, kecewa,tidak selesa yang boleh membawa kepada stress dan kemurungan akhirnya akan menyebabkan penyakit yang kronik seperti barah usus , sakit jantung dan kegagalan buah pinggang serta masalah sistem perkumuhan.

Amalan berzikir, membaca alQuraan dan mengajar serta berpesan pada perkara yang hak dan baik akan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Amalan tersebut mewujudkan getaran emosi yang positif serta merangsang biokimia yang khusus untuk mencetuskan rasa tenang dan selesa dalam diri kita. Read More......

Saturday, January 12, 2008

Kepintaran rohani (Spiritual Intelligence)

Kepintaran rohani ( Spiritual Intelligence)

Apabila seorang sahabat nabi bertanya siapakah orang yang paling pintar? Lalu nabi menjawab orang yang paling ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya.

Bagi orang Islam ,semua telah tahu bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhirat kehidupan yang lebih baik dan kekal.

Allah sediakan hanya 2 perkampungan iaitu samada syurga atau neraka. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepintaran rohani dapat megenal dan mematuhi perintah Allah di dunia ini. Bagi orang yang mempunyai kebodohan rohani , bagi mereka adalah penyesalan yang amat sangat ketika mereka berada di neraka.

Berkatalah mereka penghuni neraka,

“ Hai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, kami akan menjalankan amal soleh yang tidak seperti perbuatan kami dulu’ Surah Fatir :37

Allah menjawap pertanyaan mereka,


“ Bukankah Aku telah memberimu umur untuk ingat jika memang engkau itu orang yang ingat , dan telah mendatangimu juru pemberi ingat? Maka rasakanlah siksa , dan orang yang berdosa itu tidak ada yang memberi pertolongan” Surah Fatir:37

Begitulah semasa di dunia ini ramai yang ingkar pada Allah. Penduduk dunia menjangkaui 7 Billion. Mereka yang beragama Islam hanyalah sekitar 1 billion lebih. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak patuh mengerjakan perintah Allah. Bermakna Iblis telah berjaya memperdayakan anak cucu Adam lebih 6 billion pada ketika ini.

Setelah disumbat ke dalam neraka, barulah mereka mengakui mengetahui kebesaran Allah.

“ Hai Tuhanku, saya telah mengetahui dan mendengar (keadaan siksa yang saya dustakan dulu) maka kembalikan saya ( Ke alam dunia lagi) untuk beramal soleh dan saya sekarang sudah yakin ( akan adanya hari pembalasan) Surah As-Sajadah :12

Allah Maha pengasih dan penyayang. Dikurniakan manusia akal fikiran untuk melihat tanda kebesaranNya.Dengan berpandukan Nur Al-Quraan manusia mampu untuk mengenali Penciptanya


“ Dan pada bumi ada tanda-tanda ( Yang membuktikan Keesaan dan Kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu) Surah as-Zariyat : 20-21

Hanya dengan hidayah Allah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki kepintaran rohani. Read More......

Cara ubati penyakit tangguh



Kaedah terkini menagatasi masalah bertangguh.

Bertangguh adalah satu jenis penyakit jiwa daripada tabiat buruk yang telah tertanam dalam diri kita. Semakin hari sikap ini semakin menebal menyelubungi jiwa seseorang.

Bertangguh juga merupakan serangan penyakit rohani yang melanda seseorang. Ramai di kalangan kita menganggap ianya merupakan fenomena biasa. Sedangkan ia adalah merupakan keadaan yang banyak membawa kerugian dan nasib malang pada seseorang. Bertangguh yang paling buruk ialah bertangguh daripada melakukan amalan baik, bertangguh dari bertaubat dan bertangguh untuk kembali kepada Allah.

Sedangkan Allah telah memperingatkan kepada kita dalam Alquraan supaya kita bersegera memohon ampun dariNya.

Sabda rasullulah yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu mudamu sebelum datangnya ketuaanmu, sihatmu sebelum kamu sakit, kayamu sebelum miskinmu, waktu senangmu sebelum datang waktu sibuk, hidupmu sebelum datang mati.

Firman Allah ” Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan mencintai pula orang-orang yang suka bersuci (lahir dan batin) Al-baqarah :222

Jangan tunda sehingga malaikat maut datang menjemput kita. Waktu kematian bila-bila masa sahaja akan mendekati diri kita .

’Apabila dosa seseorang hamba Allah itu sudah banyak dan tidak mempunyai amalan-amalan yang dapat dijadikan penebusnya (yakni yang dapat melenyapkanya), maka Allah Ta’ala memasukkan berbagai kesedihan ( dalam kalbunya), maka itulah yang merupakan penutup atau tebusan pada semua dosanya” Hadis Rasullulah.

Kaedah sembuhkan penyakit tangguh

1) Memohon keampunan dari Allah dengan segera bertaubat.. Setiap hari mesti beristigfar
2) Perbanyakkan zikir dan membaca Al_Quraan
3) Menjauhkan diri dari majlis dan percakapan yang sia-sia yang diucapkan atau didengari.
4)Perbanyakkan amalan soleh seperti bersedekah
5) Isikan diri dengan sifat terpuji dan jauhi sifat keji
6) Jauhkan diri daripada maksiat
7) Sentiasa berada di dalam majlis ilmu yang bermanfaat terutama yang mengingati Allah
8) Sebarkan rasa kasih sayang anda
9) Perbanyakan ingat kematian dan sedia bekalannya
10) Sentiasa bermuhasabah- hisab diri.
11) Senaraikan tugasan yang ingin dilakukan
12) Pastikan kejelasan matlamat
13) Ketahui sebab-sebab atau alasan kukuh untuk kita melakukan tugasan tersebut
14)Pecahkan masalah besar kepada kecil
15) Contohi atau tiru mereka yang telah berjaya melakukan tugasan berkenaan
16) Bermesyuwarah dengan orang lain dan minta pandangan mereka
17) niat yang betul kerana Allah
18) Rancangkan sebaik-baiknya untuk penyusunan tugas
19) MULAKAN DARI MANA-MANA BAHAGIAN YANG ANDA SUKA
20) Tidak perlu tunggu maklumat tugas untuk jadi sempurna baru nak mulakan.
21) Cari ilmu dan maklumat untuk selesaikan tugasan
22) Anda perlu BERTEGAS PADA DIRI ANDA
23) ANDA PERLU MARAH DIRI SENDIRI
24) KUMPULKAN SEMANGAT DAN BULATKAN TEKAD
25) Sentiasa katakan pada diri kebaikan yang anda akan dapat jika segera LAKUKAN SEKARANG
26) BERMOHON PADA ALLAH UNTUK HIDAYAH(petunjuk) DAN TAUFIK(Kekuatan)
26) INGAT!!! ANDA YANG MENGAWAL DIRI ANDA

27) MULAKAN SEKARANG TINDAKAN ANDA > JANGAN ASYIK FIKIR_FIKIR SAHAJA> LET ’S DO IT NOW!!!!!!!!!!!!!!!!
Read More......

Sunday, January 6, 2008

Mengapa kita suka bertangguh?

Sebab-sebab mengapa kita suka bertangguh
Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap TANGGUH.( Procrastination) Salam kepada pembaca blog cahaya akal. Pada kali ini saya ingin berkongsi tabiat negatif yang menjadi penghalang nombor satu dalam mencipta sesuatu kejayaan iaitu sikap bertangguh.
Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.

Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa . masa yang dibazirkan sama dengan umur yang dibazirkan .MASA ADALAH NYAWA ANDA!

Sekian jumpa lagi. Terima kasih Read More......

Tuesday, January 1, 2008

KETAWA ADALAH PENAWAR PENYAKIT

Teknik mengeluarkan penawar bagi mengelakkan dan mengubati pelbagai penyakit.
Ketawa adalah penawar dan boleh menyembuhkan penyakit. Kepada pembaca blog yang saya hargai pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik di mana bagaimana kita boleh mengaktifkan system penawar yang telah sedia ada di dalam tubuh badan.

Anda semua telah mengalami iaitu apabila perasaan anda suka anda rasa seronok dan tubuh badan anda rasa segar dan sihat. Berbanding pula jika anda susah hati anda akan berasa macam sakit dan tidak selesa. Sebenarnya biokimia di dalam badan kita bertindak balas terhadap tenaga getaran emosi. Penawar akan dikeluarkan apabila rasa suka dan racun (toxsin) akan dirembeskan apabila rasa duka.

Teknik yang esklusif ini saya khaskan untuk pembaca cahaya akal dan ianya amat berkesan untuk menghasilkan penawar di dalam badan dan mengeluarkan racun.

Anda dah bersedia? Baiklah caranya di dalam keadaan berdiri , sedutlah nafas sedalam mungkin dalam kiraan 4 hingga terasa masuk dari HIDUNG , paru-paru dan perut. Sambil menarik nafas jengkitkan kaki(angkat tumit ) dan kedua tangan di depa , tahan sehingga kiraan 8.

Selepas itu keluarkan nafas sambil meletakkan tumit perlahan-lahan dari perut melalui paru paru dan keluar melalui MULUT.
Keluarkan nafas dalam kiraan 7 dengan bunyi suara Ha..Ha...ha.. seperti orang ketawa ( kalau boleh ketawa lagi bagus) sambil mengepam keluar nafas yang kotor bermula dari perut. Aktiviti ini seronok dilakukan lebih dari seorang. Lakukan sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari pada waktu pagi atau petang.

RASAKANLAH PENGALAMAN YANG MENAKJUBKAN. KESANNYA BOLEH DIRASAKAN SELEPAS AKTIVITI TERSEBUT. ( AMARAN: BAGI PESAKIT JANTUNG ELAKKAN DARI MELAKUKAN AKTIVITI INI! jika hendak lakukan hanya senyum sahaja)

Bagi penyakit lain digalakkan . Ianya adalah satu terapi yang sungguh menakjubkan.!
Read More......

EBOOK MOTIVASI PERCUMA


HOW TO SET AND ACHIEVE A GOAL
GET FREE EBOOK
JUST CLICK AT THE BOOK
IT'S FREE. TAKE IT.IT YOURS
Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas