Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, January 16, 2008

Kehebatan kuasa perkataan

Kehebatan kuasa perkataan pada penjanaan minda untuk kepintaran emosi dan kepintaran spiritual. Serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikal


Hadis Rasullulah telah menyatakan bahawa barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia mengeluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak lebih baik diam.

Diam juga adalah bentuk perkataan yang tidak bersuara yang juga merupakan satu kekuatan pada minda.

Nabi Muhammad telah mengajar kita bagaimana perkataan yang baik-baik dapat menghubungkan rasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Banyak kajian-kajian oleh sarjana psikologi personaliti telah membuktikan betapa berkuasanya kata-kata yang positif untuk membina keperibadian unggul. Kesan kata-kata yang negatif lebih banyak menimbulkan masalah kesihatan.

Setiap kata-kata buruk atau negatif yang diucapkan oleh individu, kesannya bukan sahaja pada orang yang mendengar malah pada yang menuturkan.

Perkataan yang diucapkan akan mempengaruhi minda seterusnya akan mengaktifkan sistem biologi di dalam tubuh badan . Biokimia badan akan memberikan kesan pada emosi seseorang.

Kata-kata yang baik akan mengaktifkan (feel good system) biokimia badan yang akan merangsang rasa selesa, seronok, gembira dan ceria. Perubahan darah pada airmuka seseorang yang mendengar penghargaan dan pujian akan menampakkan serinya berbanding dengan kata-kata nista

Kata-kata yang buruk boleh menyebabkan biokimia dalam badan merangsangkan rasa sedih, kecewa,tidak selesa yang boleh membawa kepada stress dan kemurungan akhirnya akan menyebabkan penyakit yang kronik seperti barah usus , sakit jantung dan kegagalan buah pinggang serta masalah sistem perkumuhan.

Amalan berzikir, membaca alQuraan dan mengajar serta berpesan pada perkara yang hak dan baik akan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Amalan tersebut mewujudkan getaran emosi yang positif serta merangsang biokimia yang khusus untuk mencetuskan rasa tenang dan selesa dalam diri kita.

2 comments:

  1. asalmualikum? memnag diakui kuasa perkatan amat besar pengaruh nya dalam hidup kita, dan kini telah 9 bulan sejak anak pertama saya lahir, setiap hari saya mengkaji dan mecari bahan bahan mengenai dengan affirmation dan law or attraction sesuatu harta yang kita tak sedari keujudan nya, subhanallah...

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam. terima kasih krn baca artikel ini. anda telah mengunakan power of affirmation jika wadah diri anda sentiasa memanjatkan rasa kesyukuran pada Allah

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas