Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, April 9, 2008

Tetapkan HALUAN KITA pada simpulan tali yang teguh iaitu kalimah LAILAHAILALLAH

SAlam penuh kasih yang yang memenuhi sekalian cakra alam dari pelusuk bumi ke serata langit ciptaan Yang Maha Esa. Masa berlalu begitu pantas dan terus meraguti usia kita untuk dibawa menyembah ke bumi dan seterusnya menjadi kenduri santapan ulat-ulat yang sedia menanti dengan lahapnya. Mahasuci Allah yang hidup kekal abadi. Setiap yang bernyawa tetap akan merasai kematian!

Apakah persediaan kita ? Sepanjang hari-hari baru yang dikurniakan kepada kita dalam memenuhi tugas sebagai hamba Allah. Pada setiap malam dan siang yang sentiasa silih berganti bergolek-golek pada paksi bumi. Hidup umpama roda. Terkadang kita berada di atas dan ada ketika pula berada di bawah. Namun hidup mesti diteruskan dengan bersegera melakukan kebajikan iaitu di dalam lingkaran beriman dan beramal soleh.

Peringatan adalah tanda rasa kasih sayang yang amat mendalam. Sesama Islam sebagai ikatan persaudaraan yang termateri di dalam DNA Nabi Adam. Menuju pada satu matlamat untuk memperolehi keredhaan Allah Sang Pencipta.

Nun Jauh di alam sana suara kasih sayang telah berkumandang yang dialunkan oleh 8 syurga. Dan suara-suara kebencian telah meluap-luap memanggil si-penghuni durjana 7 neraka. Apakah perasaan kita?. Ke manakah haluan tujuan kita? Jalan siratolmustaqim terbentang luas .Telah dibawa untuk kita oleh Nabi Junjungan Muhammad s.a.w bersama perjuangan para sahabatnya. Apakah setiap hari kita semakin dekat atau semakin jauh?

No comments:

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas