Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Wednesday, December 3, 2008

Solat Tahajud- Aktiviti ibadah yang mengaktifkan pengamal berada pada paras alfa




Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat.Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif.Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.


Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap uang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .


MUdah bisnes online.Cari Rezeki halal.SILA KLIK







7 comments:

  1. Baru hari ni saya tahu kenapa di pertiga malam itu, daya fokus menjadi tinggi. Saya memang suka membaca dan menulis di pertiga malam kerana lebih mudah masuk dan memahami. Terimakasih kerana berkongsi maklumat ini..

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas komen anda.artikel ini sekadar tanggung jawab saya sebagai org Islam

    ReplyDelete
  3. Jika solat tahjud di jdkan budaya dalam kehidupan kita gelombang Alpha dapat kita "Anchor".

    Anchor tersebut kita gunakan dalam bentuk neuro code dan membudayakan dalam setiap kehidupan kita.

    Anchor merupakan jalan pintas utk re programing minda bawah sedar kita.

    Ya Allah .... kau telah membuat sebuah penciptaan minda yang sangat luar biasa dalam membentuk keperibadian amal makruf nahi mungkar. Gelombang Alpha merupakan hadiah yang sangat besar kepada kita.....

    Amalkan lah.......... anda akan menjadi semakin bijak dan Baik..

    Terima Kasih Minda Taqwa. Artikal yang luarbiasa ini amat kami hargai.

    Beri satu selawat.....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mohd Rafee atas komen anda, dari ulasan anda saya daptkan rasakan bahawa anda seoran yang hebat krn anda bolh kaitkan artikel saya dgn anchor, bermakna anda juga memahami dan mengetahui teknik tersebut, saya amat alu-alukan komen dari anda. memang hebat!

    ReplyDelete
  5. Sekali lagi tambahan: Mind , Body dan spritual merupakan one system.

    Tahjud: Merupakan solat ( Hampir wajib atau sangat di tekankan untuk melengkapi pusingan obit spritual manusia )

    contoh : Zohor . Asar dan Magrib merupakan pelengkap putaran siang hari manusia:

    Subuh dan Isyak merupakan pelengkap Spritual Malam kita. Jika di tambah dengan Tahjud Maka 200% pelengkap kehidupan spritual manusia setiap hari akan menjadi 200% berada dalam paksi keseimbangan yang sangat sempurna.

    Fizikal : Makanan
    Mind : Fokus
    Spritual : SQ ikhsan

    Merupakan syarat yang sangat penting dalam mendapatkan kekuatan untuk menjalankan tahjud itu sendiri.

    Menggunakan saranan hypnosis sahaja tidak cukup untuk mendapatkan kekuatan tahjud.

    Makanan yg halal dan terarah energy juga diperlukan.

    Kesedaran Spritual akan muncul apabila 2 kekuatan di atas di satukan.

    kekuatan merupakan Bahan asas yang di perlukan untuk MENJALANKAN TAHJUD

    Beri satu selawat pada minda taqwa

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas kongsian maklumat anda yang bernas menjaro. Musuh pada kesedaran spiritual adalah nafsu yang tidak mahu tunduk pada syariat Allah. Dengan sebab itu kita bermohon kepada Allah supaya ditunjukkan kita supaya kita berada di paksi siratulmustaqim yang mana lafazan kita dalam 7 ayat yang diulang2 iaitu dalam surah alfatihah.dan permohonan kita supaya kita tidak termasuk dalam orang yang dimurkai Allah dan yang sesat .

    Untuk meletakkan kita pada paksi siratulmustaqim ,maka kita perlu 'membersihkan' diri kita pagi dan petang(malam) sepertimana firman Allah bermaksud beruntunglah orang yang membersihkan dirinya pagi dan petang. Bersih di sini ialah dengan cara bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah untuk kita sentiasa berada dalam landasan yang betul

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Artikel yang bermanfaat sekali...
    Minta izin utk copy...InsyaAllah. kreditnya akan diselitkan sekali..

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas