Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, January 31, 2009

Rahsia efektif -Pulih dan bangkitkan motivasi diri



Ada masanya kita merasakan semangat dan motivasi kita semakin menurun dan merasakan kurang bersemangat apabila terdapat banyak halangan dalam mengejar matlamat yang kita inginkan.Teknik yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah cara mudah dan segera bagaimana anda dapat memangkinkan semula semangat juang anda.Rahsianya ialah.......

Bersedia untuk melakukan senaman berjalan kaki secara pantas.Terlebih dahulu anda perlu lakukan regangan(stretching) . Setelah itu fokuskan minda anda dalam mode pertandingan. Bayangkan semasa anda berjalan pantas seolah-olah anda memiliki masa yang terhad untuk mencapai impian anda. Berjalanlan sepantas mungkin untuk sampai ke destinasi anda seolah-olah anda sedang mengejar impian anda.

Berikan desakan pada minda anda katakan aku mesti cepat untuk sampai pada sasaran dan siapkan tugasan atau mencapainya. Masaku adalah terhad. Ini akan menjadikan cara jalan anda semakin pantas dan pantas. Cara ini secara tidak langsung akan memprogramkan diri anda supaya bertindak dengan segera apa sahaja yang anda sedang lakukan.

Orang yang cemerlang, cara jalannya pantas. Sebagaimana digambarkan cara Nabi Muhammad berjalan dikatakan baginda berjalan seperti orang yang sedang menuruni bukit. Cara jalan baginda kemas, mantap dan pantas.Seolah-olah mengejar sesuatu.

Gambarkan sewaktu anda berjalan pantas seolah-olah waktu hidup anda begitu singkat.Banyak perkara yang perlu dilakukan .Terutamanya dalam mengejar amalan-amalan kebajikan untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa setelah mati kelak.

Berjalanlah sepantas mungkin. Tindakan yang anda lakukan ini boleh mempengaruhi jiwa anda bagi penyelarasan pemikiran dan tindakan fizikal dalam melakukan sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Setelah anda melakukan aktiviti ini, anda akan dapati ,tindakan anda akan lebih pantas daripada dahulu. lagipun aktiviti berjalan pantas adalah amat baik dari segi kesihatan jantung,peluh yang menyingkirkan toksid dalam badan sebanyak 15 kali ganda, menguatkan stamina anda, sistem penghadaman lebih baik,membekalkan oksigen yang lebih banyak pada otak, melambatkan proses penuaan,menguatkan daya tahan badan dengan rembesan serotonin, melancarkan pengaliran darah dan seterusnya menjadikan anda kekal sihat.Insyaallah.



Read More......

Monday, January 26, 2009

Teknik berfikir simulasi main peranan dan tindakan-pemangkin personaliti hebat



Sebarang keputusan dan tindakan yang kita lakukan ada kaitan hubungan dengan konsep dan persepsi yang ujud dalam minda kita . Persepsi yang membentuk keperibadian kita mengambil masa yang panjang dalam membentuk tingkahlaku bertindak kita. Ada masanya kebolehan kita bertindak sekarang adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang kita lalui dan menjadi semakin kukuh dalam masa puluhan tahun.Sebagai contoh kemahiran kita dalam menyampaikan ceramah memerlukan pengalaman dalam masa beberapa tahun untuk kita menguasainya.

Satu berita yang amat mengembirakan di mana kehebatan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat apabila kita menggunakan teknik simulasi projeksi minda



Melalui pengalaman, pembacaan dan kajian yang saya buat ,jelas menunjukkan seseorang itu berpersonaliti, berfikir dan bertindak berdasarkan persepsi main peranan yang terpaksa ditukar apabila watak atau karakter mereka berubah.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang kawan yang pada mulanya berjawatan guru.Peranan yang dimainkan dan timgkahlaku serta skop pemikiran dan personalitinya adalah dalam ruanglingkup bidang pendidikan. Rujuk lapangannya adalah berpersonaliti sebagaimana lazimnya seorang guru berkelakuan.

Setelah dilantik sebagai wakil rakyat, ruang lapang rujuknya telah bertukar dengan persepsi yang baru. Iaitu pola=pola pemikiran telah berlaku anjakan persepsi.
Berdasarkan keakuan ,:Aku seorang wakil rakyat, maka tindakan perlu diselaraskan dengan pola pemikiran wakil rakyat . Main peranan kini telah berubah . Dengan imej minda seorang wakil rakyat maka perwatakan dan personaliti telah diselaraskan supaya menepati konsep wakil rakyat.

Inilah kelebihan minda dan akal di mana dengan bayangan imej baru telah dapat merubah ruang linkup berfikir dan boleh merubah personalit seseorang.

Apa yang ingin saya sarankan ialah dengan teknik ini anda boleh cuba untuk menjadikan persoanliti yang anda idamkan. Sebagai contoh cuba anda lakukan simulasi projelksi minda di mana anda sekarang adalah "BARACK OBAMA" Presiden Amerika yang ke 44.

Masukkan imej anda ke dalam tubuh bayangan tersebut.

Apa yang anda rasakan? Apa yang boleh anda dengarkan? Apa yang boleh anda lihat?
Bagaimana cara anda berfikir sekarang? Apa wawasan yang terbentuk dalam minda anda?
Skop ruangrujuk anda telah berubah. Gaya personaliti anda juga berubah.Begitu juga dengan cara pemikiran anda untuk diselarasskan dengan main peranan watak baru.

Anda boleh cuba dengan pelbagai watak dan main peranan. Pastikan anda dapat maklumat seberapa banyak watak main peranan yang anda inginkan dan serapkan tingkahlaku mereka,gaya bercakap,memek muka, persoanliti dan sebagainya supaya gaya kehebatan mereka dapat anda tiru dan aplikasikan pada diri anda.

Anda perlu ulang dan ulangkan personaliti tersebut sehingga ianya sebati dalam diri anda.

Cara ini dapat membantu diri anda membentuk semangat,motivasi,cara bertindak,keberanian dan apa sahaja dalam megejar kejayaan anda dalam masa yang lebih singkat.

Read More......

Monday, January 12, 2009

Muhasabah dalam teknik meditasi-ke arah zero mind process

Zero mind process adalah satu kaedah untuk menemukan diri kita semula supaya kita mengenali siapa diri kita yang sebenarnya.Nafsu yang tidak tunduk pada syariat Allah telah mengotori fitrah kita yang bersih dan suci.Sifat mazmumah seperti tamak, dengki,cintakan dunia,sombong,kasihkan kemegahan dan bangga diri telah menutup cahaya fitrah kita.Satu tenaga yang hebat iaitu dengan menggunakan kekuatam minda yang berpandukan Al Quraan, dapat mengembalikan kita kepada fitrah.

Amalan wajib iaitu puasa pada bulan Ramadhan, dapat mengembalikan kita pada kekuatan kembali pada fitrah.MAlangnya apabila cukup sebulan kita berpuasa mengapa kita tidak dapat kembali pada fitrah sebenar. Makan yang terlalu banyak semasa berbuka puasa telah menenggelamkan kekuatan minda untuk kita kembali kepada fitrah



Seringkali nafsu kita yang bermaharajarela yang menguasai keperibadian diri kita. Kalau semua orang dapat kembali kepada fitrah, maka amat mudahlah mereka akan menerima hukum HUDUD yang Allah telah maktubkan dalam AlQuraan.

Cuma pada kali ini saya ingin berkongsi bagaimana menggunakan satu kaedah meditasi mudah supaya kita dapat menuju kepada proses ZERO MIND PROCESS bagi menuju kepada fitrah kita.

Caranya ialah:-
Waktu terbaik pada sepertiga malam .Jika tidak dapat pilih masa yang sesuai bagi anda. Cari tempat yang sunyi tiada gangguan.Duduk cara orang bertaffakur.Pejamkan mat dan biarkan mata terbuka sedikit.
1) Mulakan dengan bismillah DIIKUTI bacaan selawat kepada Nabi 7 kali.
2) Istiqfar sebanyak 70 kali
3) Tenangkan fikiran.bebaskan dari berfikir.Kosongkan minda
4) Tumpukan dan fokus pada ketenangan
5) Lakukan pernafasan Sedut nafas hingga ke perut dalam kiraan 7 sambil sebut Allah (dalam hati 7x).Tahan nafas dalam kiraan 7x sambil sebut Ya Qayum (dalam hati 7x) dan hembuskan nafas dalam kiraan 7 dan sebut Ya Ghaffar (dalam hati kiraan 7. Lakukan 7 pusingan yang sama.Pastikan anda menumpukan pendengaran anda kepada bunyian nafas keluar masuk.
6) Kemudian bilang 20 hingga 1 sambil bilang menurun sambil katakan hati dan fikiran anda semakin tenang.
7) Apabila anda berada pada zon fana, lihat zat anda bertukar dari setitis air mani kepada segumpal darah, segumpal daging, tulang dibaluti daging dan ditiup ruh sehigg anda boleh bernyawa.Lihat diri anda menjadi janin yang lengkap di dalam rahim ibu anda.
Sebagaimana firman Allah surah ALHAJJ ayat 5

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

8) Bayangkan seringkas mungkin kehidupan anda dan saat nyawa anda diambil kemudian keluar ruh anda dari jasad dan anda menghadap Allah dalam keadaan yang penuh kekurangan.Perhatikan anda dimandikan,dikapankan,disembahyangkan dan dikebumikan sehinggalah saat datang dua utusan Allah (Mungkar dan Nakir) Sampai tahap inibilang 1 hingga 5 dan petik jari anda supaya sedar semula.(INGAT!!! SEBELUM ANDA LAKUKAN AKTIVITI INI PERINGATKAN PADA DIRI ANDA BAHAWA ANDA AKAN SEDAR SEMULA BILA DIBILANG 1 HINGGA 5 DAN BUNYI PETIK JARI MENGEMBALIKAN ANDA PADA MOD ASAL)

Firman Allah ayat 67
Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).

AMARAN!!!!!! Anda dilarang melakukan aktiviti ini jika anda menghidapi sakit jantung.

Saya amat yakin barangsiapa yang melakukan ZERO MIND PROCESS ini nescaya AKAN TERPANCAR KEKUATAN MINDA UNTUK BERTAQWA PADA ALLAH.



Read More......

Kisah ganjil ke arah zero mind process

Fitrah
Fitrah dalam erti kejadian asal insan sebagaimana asalnya sebagaimana yang terkandung dalam maksud hadith "Setiap orang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah yang suci bersih; kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia yahudi ... (dan seterusnya)"

Dan dalam erti sebagaimana yang terkandung dalam ayat yang bermaksud: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum: Ayat 30).

Ikuti kisah 7 perkara ganjil....


7 Perkara Ganjil

oleh Pahrol Mohd Juoi

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,". " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.



Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas