Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Monday, January 26, 2009

Teknik berfikir simulasi main peranan dan tindakan-pemangkin personaliti hebat



Sebarang keputusan dan tindakan yang kita lakukan ada kaitan hubungan dengan konsep dan persepsi yang ujud dalam minda kita . Persepsi yang membentuk keperibadian kita mengambil masa yang panjang dalam membentuk tingkahlaku bertindak kita. Ada masanya kebolehan kita bertindak sekarang adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang kita lalui dan menjadi semakin kukuh dalam masa puluhan tahun.Sebagai contoh kemahiran kita dalam menyampaikan ceramah memerlukan pengalaman dalam masa beberapa tahun untuk kita menguasainya.

Satu berita yang amat mengembirakan di mana kehebatan tersebut boleh dilakukan dalam masa yang singkat apabila kita menggunakan teknik simulasi projeksi minda



Melalui pengalaman, pembacaan dan kajian yang saya buat ,jelas menunjukkan seseorang itu berpersonaliti, berfikir dan bertindak berdasarkan persepsi main peranan yang terpaksa ditukar apabila watak atau karakter mereka berubah.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang kawan yang pada mulanya berjawatan guru.Peranan yang dimainkan dan timgkahlaku serta skop pemikiran dan personalitinya adalah dalam ruanglingkup bidang pendidikan. Rujuk lapangannya adalah berpersonaliti sebagaimana lazimnya seorang guru berkelakuan.

Setelah dilantik sebagai wakil rakyat, ruang lapang rujuknya telah bertukar dengan persepsi yang baru. Iaitu pola=pola pemikiran telah berlaku anjakan persepsi.
Berdasarkan keakuan ,:Aku seorang wakil rakyat, maka tindakan perlu diselaraskan dengan pola pemikiran wakil rakyat . Main peranan kini telah berubah . Dengan imej minda seorang wakil rakyat maka perwatakan dan personaliti telah diselaraskan supaya menepati konsep wakil rakyat.

Inilah kelebihan minda dan akal di mana dengan bayangan imej baru telah dapat merubah ruang linkup berfikir dan boleh merubah personalit seseorang.

Apa yang ingin saya sarankan ialah dengan teknik ini anda boleh cuba untuk menjadikan persoanliti yang anda idamkan. Sebagai contoh cuba anda lakukan simulasi projelksi minda di mana anda sekarang adalah "BARACK OBAMA" Presiden Amerika yang ke 44.

Masukkan imej anda ke dalam tubuh bayangan tersebut.

Apa yang anda rasakan? Apa yang boleh anda dengarkan? Apa yang boleh anda lihat?
Bagaimana cara anda berfikir sekarang? Apa wawasan yang terbentuk dalam minda anda?
Skop ruangrujuk anda telah berubah. Gaya personaliti anda juga berubah.Begitu juga dengan cara pemikiran anda untuk diselarasskan dengan main peranan watak baru.

Anda boleh cuba dengan pelbagai watak dan main peranan. Pastikan anda dapat maklumat seberapa banyak watak main peranan yang anda inginkan dan serapkan tingkahlaku mereka,gaya bercakap,memek muka, persoanliti dan sebagainya supaya gaya kehebatan mereka dapat anda tiru dan aplikasikan pada diri anda.

Anda perlu ulang dan ulangkan personaliti tersebut sehingga ianya sebati dalam diri anda.

Cara ini dapat membantu diri anda membentuk semangat,motivasi,cara bertindak,keberanian dan apa sahaja dalam megejar kejayaan anda dalam masa yang lebih singkat.

No comments:

Post a Comment


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas