Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Sunday, August 22, 2010

Krisis Keyakinan



Pernahkah anda mendengar atau membaca cerita Pak Pandir?. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita bagaiaman Pak Pandir ingin menyakinkan dirinya tentang apa yang dia temui.

Semasa Pak Pandir berjalan-jalan ,dia ternampak satu benda yang sebelum ini dia pernah melihatnya. Dia pun cuba mendekati benda tersebut dan disentuhnya dengan jari. "Lembik benda ini macam tahi je ".katanya dalam hati. Dia tidak puas hati atau yakin maka diciumnya benda tersebut. " Bau macam tahi",katanya lagi. Oleh kerana tidak puas hati dan begitu yakin maka dia cuba merasanya pula dengan lidah."oh, memang tahi, nasib baik aku tak terpijak tahi,katanya lagi.

Begitulah bagi kita yang kurang berkeyakinan dalam melakukan sebarang pekerjaan maka samalah kita dengan apa yang terjadi pada PAk Pandir. Semoga cerita ini dapat membuat kita berfikir Read More......

Menuju insan Taqwa



Salam pada pembaca blog potensi minda . Pada yang beragama Islam ,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa semoga kita semua akan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita yang InsyaAllah dapat memotivasikan kita supaya apa sahaja pekerjaan kita adalah semata-mata kerana Allah.
Kisahnya adalah berkenaan seorang tukang rumah yang telah lama berkhidmat dengan majikannya yang bercadang untuk berhenti bekerja. Majikannya berasa amat berat untuk melepaskan pekerjanya itu yang telah memberikan khidmat yang baik selama dia bekerja.
Oleh sebab desakan yang kuat untuk berhenti, akhirnya majikan itu akur tetapi meletakkan syarat.
Jika tukang rumah itu ingin berhenti kerja juga maka dia perlu membuat satu rumah lagi untuk disiapkan Si tukang rumah itu tiada pilihan lain lalu melaksanakan syarat tersebut dengan tidak sepenuh hati dan sambil lewa. Setiap hari kerja yang dilakukan kurang sempurna . Apabila telah siap rumah tersebut ,dia pun memberikan kunci rumah tersebut kepada majikannya dengan harapan dapat berhenti kerja secepat mungkin.
Majikannya menyerah semula kunci tersebut kepada tukang rumah dan menyatakan rumah tersebut adalah hadiah yang ingin diberikan kepada tukang rumah sebagai penghargaan khidmat yang telah diberikan.
Barulah tukang rumah menyedari betapa rumah yang siap tersebut tidak sempurna dan tidak elok. Nya jika kita tidak bersungguh melakukan Timbul penyesalan di hatinya jia dia tahu itulah hadiah yang akan diberikan maka dia akan membuat rumah tersebut sebaik mungkin.
Begitulah amal ibadah yang kita lakukan. Jika buruklah amal kita maka buruklah balasannya. Bagi Allah tidak akan kekurangan keagungan dan kekayaannya jika kirta tidak taat pada-Nya
Beramallah dengan sebaik mungkin kerana kelak balasan baik yang kita akan perolehi. Semua amal sebenarnya adalah untuk kebaikan kita bukan untuk Allah. Amal ibadah kita adalah sebenarnya tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah memberikan kepada kita nikmat yang melimpah ruah.
Apa sahaja amalan baik dan buruk walau besar debu pun akan dinilai oleh Allah.
Justeru buatlah persiapan sebaik mungkin untuk menjadikan kita menuju insan yang bertaqwa di bulan Ramdhan yang penuh keberkatan ini.Amin. Read More......

Friday, April 23, 2010

cara mudah dan praktikal atasi gemuruh

Bagaimana untuk menghilangkan rasa gemuruh? Perasaan gemuruh adalah perkara yang lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara otomatis sebagai tujuan keselamatan mandiri. Kesannya adalah seperti berikut



1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Teknik untuk mengatasinya ialah dengan cara

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.
3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja . Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa

6.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata(eye contact)

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah
10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut
11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Atau Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku

12.Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.
Read More......

Thursday, March 18, 2010

Kuasa 'Tidak' (The Power of NO)

Tenaga di dalam tubuh badan kita boleh berkurangan jika selalu melakukan perbuatan yang tidak baik atau perbuatan yang berdosa . Daya tahan badan kita dari aspek fizikal, mental dan rohani akan terjejas dan mudah untuk jatuh sakit jika amalan-amalan yang keji sentiasa dilakukan. Oleh itu kita perlu memiliki tenaga menyatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak baik.

1) Katakan tidak atau jauhkan diri pada pertuturan dan persekitaran suara-suara yang sentiasa bersifat komplen atau rungutan-rungutan yang tidak puas hati terhadap cuaca, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Rungutan hanyalah menghasilkan getaran emosi negatif yang mana getaran ini boleh menjejaskan emosi dan tenaga atau mood seseorang. Jika sesuatu yang tidak kena , apa yang patut dibuat ialah kenalpasti masalah tersebut dan cari jalan penyelesaian atau berhubung dengan mereka yang boleh bantu selesaikan masalah tersebut.

2) Katakan tidak pada gosip dan umpatan kerana perkara ini boleh membawa bencana dan keburukan bagi diri anda dan hubungan yang rengang keran boleh membawa kepada perasaan benci dan boleh menyebabkan berlakunya pernusuhan dan pergaduhan.

3) Katakan tidak kepada percakapan yang lara dan yang sia-sia. Barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia keluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak berdiam diri. Perkataan yang sia-sia tidak boleh membawa manfaat malah menyedut tenaga kita dengan lebih banyak, Orang yang suka cakap yang sia-sia akan sentiasa di dalam keadaan yang letih dan jiwanya tidak akan rasa tenteram

4)Katakan tidak pada fikiran yang negatif.Fikiran negatif akan melemahkan mental dan daya juang kita dan seterusnya akan meletihkan jiwa raga kita.

5) Katakan tidak kepada kerisauan dan kebimbangan, Perasaan ini adalah sangkaan tanpa pengetahuan yang betul. Ramai oang yang menderita rasa tertekan akibat dari rasa bimbang yang tidak menentu. Akibatnya tenaga akan terlalu banyak digunakan dan menyebabkan orang itu rasa tidak bermaya keran sukar untuk tidur dan fikirannya akan menjadi letih dan dia akan mudah mengalami kelupaan. Orang yang sentiasa rasa bimbang akan juga mudah menjadi seorang yang pemarah

6) Katakan tidak kepada suara-suara dalaman yang memperlekeh dan merendah-rendahkan kita. Anda boleh mengawal suara ini dengan mengemukakan pertanyaan pada emosi tersebut.

7) Katakan tidak kepada diri anda yang ingin berbohong atau berdusta.

8) Katakan tidak pada diri anda yang ingin mengeji, mencaci atau memperlekehkan orang lain . Tenaga anda akan digunakan terlalu banyak untuk mencetuskan situasi yang tidak baik itu . Ianya akan menjejaskan mental dan memberikan kesan buruk kepada fizikal dan rohani anda.Orang yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik akan menderita penyakit tekan jjiwa yang melampau dan dia akan sentiasa rasa resah dan gelisah.

Oleh itu gunakanlah kuasa TIDAK bagi melestarikan dan menjadikan kehidupan anda sentiasa bertenaga, sihat ceria dan harmoni di mana sahaja anda berada.




Read More......

Monday, March 8, 2010

Rahsia tahi lalat pada badan anda (mata)

Tahi lalat pada mata kanan cenderung kepada berlaku serong atau tidak setia dan cenderung untuk berbohong dan banyak dalihnya. Juga bersikap tegas dan keras pendiriannya. Manakala tahi lalat di mata kiri cenderung untuk berbohong tetapi mempunyai sikap yang baik hati, mudah dipengaruhi dan terlalu sensitif dan emosional serta cepat merajuk


Tahi lalat pada hujung mata kanan menunjukkan seorang yang baik hati , lemah lembut dan bersopan santun. Biasaya mereka adalah dari kalangan orang yangg cerdas dan panjang akalnya. Sesuai menjadi pemimpin kerana sikapnya yang suka mengambil berat dan amat perihatin. Manakala tahi lalat di hujung mata kiri pula ialah seorang yang baik hati dan amat disenangi tingkah lakunya. Sesuai di bidang perniagaan , dan selalunya murah rezekiya. Senang untuk bergaul kerana dia adalah seorang yang peramah


Read More......

Sunday, March 7, 2010

Rahsia tahi lalat pada badan anda (Bibir)

Personaliti anda boleh dibaca melalui tanda tahi lalat di badan anda. Tanda ini sebagai panduan untuk mengenali keperibadian anda secara umum. Dengan mengetahuinya maka anda boleh kembangkan atau boleh buangkan sifat yang anda tidak suka.

Tahi lalat di bibir. Bahagian atas bibir kanan menandakan anda bersifat baik hati, disenangi oleh orang lain, mudah dapat kawan, seorang yang bijak, ramai kawan boleh jadi murah rezekinya, suka tersenyum, ornag suka pandang wajha anda ada daya tarikan unik. Pada bibir kiri sebelah atas pula ramai kawan, baik hati, berjiwa sensitif, mudah nerajuk, orang suka kerana bersifat lemah lembut.


Pada bibir bawah kanan pula. mudah popular, bersifat terhormat ramai orang segan dan kagum pada anda. manakala tahi lalat di bawah kiri pula ialah anda bijak bicara, pandai berdebat, bijak tuturkata Manis rupanya, disenangi orang ramai dan wajah menawan, mudah pengaruhi orang lain.

Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas