Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Friday, October 9, 2009

Aktifkan karisma dalam diri anda

Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut. Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang lebih baik.Artikel kali ini adalah menyentuh cara kita meningkatkan karisma diri. Karisma menjadikan diri seseorang itu popular, disenangi dan dikagumi serta dihormati.Adakah anda seorang y6ang berkarisma?


Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:-

1) Wajah yang disenangi. Mulai sekarang anda perlu menjadi seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat. Saya amat terpegun melihat gelagat seorang kerani bank yang bercakap dengan wajah yang tersenyum dengan pelanggannya. Saya lihat pelanggan tersebut berasa gembira mendapat khidmat dari pekrja tersebut.Senyuman telah meningkatkan karisma seseorang dengan begitu hebat. JIka anda sukar untuk tersenyum , anda perlulah berlatih di hadapan cermin dan cuba ukirkan senyuman tersebut. Senyuman lamabang kegembiraan, keramahan dan kemesraan

2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan

Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik kepada mereka yang bersopan. Jadi anda perlu berakhlak mulia supaya karisma anda meningkat

3) Hormati orang lain

Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda.

4) JAdi pendengar yang baik

Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan

5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat.

Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka. Apabila anda menunjukkan minat anda pada mereka ianya sebagai menghantar isyarat bahawa anda adalah sealiran dengan mereka.Anda akan dilayan dengan baik dan dihormati.

6) Pujian - Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan suka mengambil berat

7) Bersifat penyayang

Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada. Sulai orang lain nescaya orang lain akan menyukai anda dan menyayangi anda

8) Jujur ,amanah dan bertanggung jawab
Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang

9) Personaliti yang anggun

JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan karisma anda

10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan karisma anda

11) Berdoalah supaya Allah memperelokkan tingkah laku anda.

12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang bertaqwa. Inilah puncak segala karisma diri yang telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi junjugan kita Muhammad s.a.w

Selamat meningkatkan karisma anda!
Read More......

Monday, September 28, 2009

Tip dan rahsia kecantikan (Tambah kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri)

Diciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Anda sebenarnya cantik. Tambahkan kecantikan anda dengan meningkatkan imej diri. saya akan berkongsi teknik-teknik bagi menambahkan kecantikan yang sedia ada pada diri anda. Caranya adalah mudah dan memberikan kesan yang amat luarbiasa.


1) Kecantikan kulit dan rupa paras.

Kecantikan kulit dan paras muka akan terserlah jika ianya dipancarkan dari kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman adalah rasa ketenangan yang dimiliki oleh seseorang.Kegelisahan menyebabkan kesan yang muram pada wajah anda. Wajah yang mencerut dan seperti mencuka menjadikan diri anda tidak elok. Wajah dan tenang dan santai amat senang dipandang orang untuk ditatapi.Orang yang selalu gelisah dan berdulacita akan menyebabkan masalah pada kulit iaitu mudah berkedut dan mudah mendapat penyakit kulit seperti panau,kurap dan alahan pada kulit.

Hanya dengan memperbanyakkan mengingati Allah hati akan jadi tenang tenteram.Inilah wajah ahli syurga yang bersinar-sinar akan terpancar di wajah anda .Ketaatan pada Allah dengan melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganya akan memancarkan sinar pada wajah anda dengan begitu bersinar. Ianya dapat menambahkan rupa paras kecantikan anda.

a) Sentiasa kekal gembira kerana rasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.Keredhaan anda menjadikan anda begitu gembira kerana kesediaan menerima apa yang telah ditetapkan pada anda. Untuk anda gembira maka anda juga hendaklah sentiasa mengembirakan orang lain. Wajah orang gembira sungguh menwan dan dikagumi. LIhatlah bagaimana penghibur perlu menunjukkan wajah gembira untuk membuat anda gembira.

b)Berfikiran positif akan menguatkan pendirian anda dan membolehkan anda mengawal perasaan anda dari gelisah dan dukacita. Orang yang optimis memiliki wajah yang gemilang dan cantik. Darah semangatnya mengalir lalu memancarkan pada wajah mereka.Stabilkan emosi anda .Jauhi dari sikap busuk hati, dengki, sombong. Miliki sifat mahmudah untuk mencantikkan dalaman diri anda. Orang yang hati baik memang dipandang cantik pada wajahya.

Bagi kebersihan luaran pula ialah sentiasa menjaga kebersihan diri tubuh badan ,mulut,gigi, rambut. Kecantikan juga terletak pada bauan . Jika badan dan pakaian bersih , tambah pula dengan haruman dan wangian maka akan melengkapkan kecantikan anda. Berwangianlah terutama berada di rumah kerana kecantikan ahli syurga adalah kerana mereka sentiasa bersalut sentiasa dengan haruman syurga.

c) Kawal perasaan marah. Orang yang selalu marah akan menyebabkan kehodohan pada wajahnya. Ianya juga akan merosakkan sistem badan seperti jantung dan hati.

d) Selalu tersenyum dan bercakap dengan iringan senyuman akan menyerlahkan kecantikan anda. Kita akan sering tertarik pada seseorang yang bercakap dengan wajah yang tersenyum. Ini menunjukkan mereka suka dengan kita. Senyuman akan mncantikkan wajah seseorang 100 kali ganda.

e) Jaga kesihatan anda. Dengan pemakanan yang betul dan tabiat bersenam akan menyegarkan tubuh badan anda. Kesegaran akan sentiasa menyerlahkan kecantikan anda. Jika anda sering sakit iany6a akan memberikan kesan pada penampilan diri anda

F) Banyakkan makan buah-buah, sayuran dan air meneral juga air beralkali. Kia terdiri daripada 70% air. Badan kita selalu kehilangan air yang akan menjejaskan kesegaran sel dan kulit. Minum air 8 gelas atau lebih untuk mengekalkan kesegaran anda. Kurangkan minuman dan makanan yang masam kerana ianya akan menyebabkan anda cepat tua.Kekalkan keremajaan anda dengan bahan-bahan yang beralkali seperti sayuran hijau dan buah-buahan.Vitamin untuk kecantikan adalah seperti E , D ,C dan B

g)Kekalkan tubuh badan ikut kesesuaian ketinggiann anda Gunakan sistem BMI iaitu ukuran yang telah ditetapkan oleh sumber kesihatan iaitu berat unggul yang sesuai. Berat unggul akan menambahkan kecantikan fizikal anda

h)Memakai pakaian yang sesuai iaitu tidak terlalu ketat dan terlalu longgar.

i)Jaga adab diri. Bercakap dengan tutur kata yang lemah lembut dan tidak bercakap kuat dan kasar dan berperangai sopan akan menyerlahkan kecantikan personaliti anda. Orang yang berakhlak mulia memang cantik dipandang. Inilah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah orang yag cantik kerana akhlaknya amat mulia. Diri anda akan dipandang cantik jika anda seoarang yang berakhlak mulia

j) Postur yang betul sewaktu berdiri hendaklah sentiasa tegak,anggun. dan berjalanlah dengan gaya yang sopan. Begitu juga cara anda menampilkan mimik muka, pergerakan tangan dan badan yang menarik.
Read More......

Saturday, September 26, 2009

Cara mudah untuk atasi dan mengawal rasa takut.

Takut menurut istilah kamus dewan ialah:-

1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri:

2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah;

3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah:

4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut:

Takut adalah berpunca dari respon semulajadi di dalam sistem biologi kita sebagai persediaan tubuh badan untuk mempertahankan diri secara untuk berlawan (fight) atau cabut lari (flight). Ianya adalah petanda (signal)amaran untuk kita bertindakbalas bagi melakukan tindakan yang sewajarnya.

Apa yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini adalah berkenaan rasa takut yang menjadi batu penghalang kepada perubahan dan kejayaan diri dan cara-cara berkesan untuk mengawal rasa takut.





Perasaan takut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan dan memendamkan keiginan dan impian mereka. Walau pun mempunyai keinginan cita-cita yang tinggi mereka lenih rela tidak brtindak kerana dibelenggu oleh persepsi lingkungan rasa takut tidak berjaya. Dari awal lagi mereka telah menetapkan pada diri bahawa mereka memang benar-benar tidak mampu melakukan. Mereka hanya berupaya untuk mengeluh nasib mereka yang tidak sebaik orang lain . Padahal mereka belum menguji keupayaan sebenar yang ada dalam diri mereka. Rasa takut telah menyekat potensi diri.

Teknik mudah atasi rasa takut.

1) Bersedia dan lakukkan apa yang kita takuti. Lama kelamaan dengan belajar dari kesilapan dan kegagalan juga dari mereka yang telah berjaya akan menjadikan anda seorang yang berani untuk melakukan perkara yang anda takuti. I jump, you jump. Prinsip ini ialah kalau orang lain boleh buat ,saya juga pasti boleh lakukan.

2) Peniruan. Apa sahaja yang anda ingin lakukan tetapi anda takut untuk lakukan maka anda perlu cari role model untuk anda tiru tindakan mereka. Dengan mengunakan kaedah duplikasi maka rasa takut anda akan berkurangan apabila anda ada panduan yang betul untuk melakukan perkara yang anda takuti.

3) Menyedari setiap sesuatu perkerjaan dan perkara berlaku secara proses atau berperingkat-peringkat. Jadi jangan terlalu memikirkan tentang kesempurnaan. Anda perlu bersedia untuk menerima kekurangan diri dan kegagalan sebagai jalan menuju kecekapan seperti orang lain kerana mereka yang anda anggap bagus sebenarnya bermula dari kekurangan. Dengan rasa penerimaan ini akan dapat menghilangkan rasa takut. Bila berlaku kekurangan katakan pada diri anda :saya maafkan anda , saya terima anda dan saya sayang anda.

4) Rendamkan diri anda dengan tenaga positif iaitu dari alam kanak-kanak, alam semulajadi dan alam binatang. Ingat . Semasa anda masih kanak-kanak lagi anda telah berjaya menakluk rasa takut dengan hanya menumpukan matlamat anda iaitu untuk berjalan seperti orang lain. Adakah anda rasa takut? Tidak sama sekali. Anda begitu berani cuba dan terus mencuba sehinggga berjaya. Lakukan tindakan anda seperti sifat kanak-kanak yang hanya mencintai keseronokan dan kepuasan sehingga menenggelamkan rasa takut dalam diri. Dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak ,anda akan lebih dapat memahami tenaga tersebut. Mereka bebas bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa rasa prejudis. Lihat pergerakkan alam bulan, bintang ,pokok air terjun dan sebagainya akan memberikan anda ilham untuk jadi lebih berani. Begitu juga dengan perhatikan tingkah laku haiwan

Sesungguhnya rasa cinta itu dapat menakluki rasa takut.

Tip ini hanyalah beberapa panduan yang dapat dikongsikan. Ada banyak lagi tip yang berkesan akan dikongsikan untuk dipraktikkan.

Read More......

Sunday, July 19, 2009

Air alkali merawat usus rosak















Air alkali banyak kelebihannya. Gambar di atas jelas menunjukkan usus yang rosak dapat dipulihkan setelah 3 bulan berterusan minum air alkali


Tukarkan air paip anda kepada air alkali dengan Bio Alkaline Nano Teknologi berharga RM1500 dengan harga borong RM600

Penghantaran percuma bagi semenanjung Malaysia. RM80 caj bagi sabah dan sarawak

hubungi zainudin 0139835318












Read More......

Saturday, July 18, 2009

Hebat dan menakjubkan kelebihan air alkali


air alkali sumber jawapan kepada penyelesaian penyakit zaman sekarang.
Jadikan air paip anda air yang beralkali dengan teknologi terkini Bio Alkaline Nano Teknologi.

Harga biasa RM1500. Dapatkan tawaran hebat Harga borong RM 600 !! Penghantaran percuma bagi semenanjung Malaysia. sabah Sarawak caj hantar RM80
hubungi Zainudin 013 983 5318





Read More......

Thursday, July 9, 2009

Rangka tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama.


Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

den nga
TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

Selamat berjaya!


Read More......

Sunday, July 5, 2009

Apa maknanya matlamat?


Apa sahaja pekerjaan yang ingin anda lakukan maka anda perlu ada matlamat.Apa maknaya matlamat bagi anda? Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk dicapai oleh sebab-sebab tertentu.Dengan mengetahui makna matlamat yang sebenarnya akan menjadikan diri kita dapat membina matlamat yang mantap seterusnya yang lebih penting ANDA DAPAT MENCAPAINYA!!.

Matlamat adalah :-

1. Ia adalah menjadikan anda sentiasa fokus dan memberikan penumpuan terhadap sesuatu kerja buat anda.


2. Ia merupakan cara memandu arah kerja dengan betul dan berkesan.
3. Ia menjadi satu kompas pada anda pada hala tuju kerja yang terarah
4. Ia jadikan anda ada sasaran yang perlu anda bidik.
5. Ia sebagi pemangkin pegaliran idea anda bagi tujuan penyelesaian masalah
6. Ia sebagai wadah kekuatan untuk anda sentiasa tabah dalam mengharungi pelbagai halangan.
7. Ia sebagai motivasi berterusan faedah-faedah yang bakal anda perolehi dan nikmati.
8. Ia jadikan anda ghairah dan penuh rasa bersemangat untuk terus bekerja mencapai apa yang anda idamkan
9. Ia jadikan buat keputusana anda jelas dan mantap
10. Ia jadikan minda anda dapat mengurus, mengatur dan mentadbir kerja anda dengan lebih baik.
11. Ia akan memastikan anda akan capai apa yang dinginkan
12. Ia jadikan diri anda benar-benar produktif

Read More......

Saturday, July 4, 2009

Di manakah diri anda sebenarnya?

Adalah amat penting untuk mengenali diri kita supaya kita dapat mengawal dan memilih kehidupan yang lebih baik. Di manakah kewujudan anda? Fizikal tubuh badan anda bukanlah diri anda tetapi ia hanyalah sebagai kenderaan yang anda tunggangi.

Tubuh badan anda hanyalah satu komponen yang amat kecil berbandingan dengan diri anda. Diri anda bukanlah otak . Anda hanya menggunakan otak dan akal fikiran sebagai juru pandu bagi diri anda.Tetapi malangnya anda hanya menumpu pada kemampuan tubuh badan anda sahaja. Sedangkan anda hanya menghuni sementara pada sebatang tubuh. Apa pun bentuk tubuh anda ianya bukanlah suatu kekuatan pada diri anda . Kekuatan anda adalah rohani anda.

Jadi untuk membina kekuatan diri adalah dengan menumpukan kepada kekuatan rohani anda. tubuh anda hanyalah satu alat yang amat kecil berbanding dengan kehebatan sebenar anda.

Pada asasnya alat tubuh badan anda ini dibahagikan kepada 3 . Iaitu ingatan sedar yang kedua ingatan bawah sedar dan ketiga batang tubuh bandan anda. Rohani anda yang mengawal diri anda. iaitu kaptennya adalah minda sedar dan krewnya adalah minda bawah sedar dan batang tubuh akan mengikut sahaja intreprestasi kedua-duanya.

'Minda bawah sedar adalah krew yang hanya menjawab dengan satu jawapan sahaja oleh arahan kapten iaitu YA. Apa sahaja yang diarah oleh minda bawah sedar sama ada yang berunsur positif atau negatif semuanya akan di iakan oleh minda bawah sedar . Sebagai
contoh apabila minda sedar mengatakan PENAT maka minda bawah sedar akan mengarahkan emosi dan segenap sel dan oragan tubuh badan supaya PENAT dan anda akan merasakan diri anda PENAT. Pusat kekuatan anda dijana oleh minda bawah sedar.

Minda sedar juga diibaratkan sebagai peladang dan minda bawah sedar adalah ladang bagi peladang. Apa sahaja yang ditanam maka itulah yang akan tumbuh. MIsalnya jika peladang menyemai benih lalang maka lalanglah yang akan tumbuh dan jika peladang menyemai benih jagung maka jagunglah yang akan tumbuh. Berbalik pada diri anda jika minda sedar anda menanam sesuatu yang positif maka minda bawah sedar akan menumbuhkan sesuatu yang positif

Apa yang malangnya ramai orang hanya menyemai 'benih lalang' pada minda bawah sedar mereka maka hasilnya maka 'lalang'lah yang mereka selalu perolehi. Inikah pilihan anda?

Itulah sebabnya Allah selalu mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dalam apa keadaan sekalipun .

Pandanglah sesuatu kejadian bukan hanya satu bahagian kerana pada setiap perkara yang anda tidak suka sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya. Jadi pandang kedua-dua bahagian supaya anda dapat lihat hikmah di sebalik sesuatu kejadian.



Read More......

Tuesday, June 23, 2009

Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan

Terlalu banyak nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya yang dikurniakan tetapi kita sering mentakwil dan sentiasa mengeluh kerana tidak berpuashati dengan kehendak kita. Kita sering merasakan tidak cukup apabila melihat orang lain memperolehi lebih dari kita
Berusahalah sepertimana mereka berusaha dan jangan sesekali mengeluh dan berputus asa. Pejuangkan matlamatmu dengan apa yang kamu ada.'

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim:7)


Read More......

Saturday, June 13, 2009

Eksrak Noni sungguh Hebat, Alternatif Penyembuh Penyakit,Insyaalllah, menakjubkab!!



KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT LANJUT Read More......

Friday, June 12, 2009

Jus Noni MEmbantu Penyembuhan Pelbagai Penyakit


SILA KLIK PADA GAMBAR _MAKLUMAT LANJUT

Khasiat dan Kandungan NONI (Mengkudu)
Di bawah ini adalah kajian ilmiah terhadap "Buah Mengkudu" yang dilakukan oleh Prof. Neil Solomon, MD., Phd dari John Hopkins Medical Institution, Amerika di tahun 1997-1998. Penkajian ini melibatkan 40 dokter dan 8000 pesakit yang pengguna sari buah mengkudu. Kesimpulannya, 78% dari pengguna telah merasakan manfaatnya untuk mengatasi penyakit yang dideritai ia itu Kanser, Kolesterol Tinggi, Sakit Jantung, Gangguan pencernaan, Diabetes Mellitus, Tekanan Darah Tinggi dan Untuk meningkatkan daya tahan tubuh.

1) Ruangan ini adalah Jumlah Kandungan Bioaktif dalam Jus Mengkudu.
Kandungan Bioaktif Menafaat Kepada Tubuh
Metil asetil ester Mematikan kuman
Moridon Melancarkan buang air besar
Soranjidiol Melancarkan keluarnya air seni
Analgesik Pereda rasa sakit
Sedatif Penenang saraf
Damnakantal Menumpas sel kanker& tingkat daya tahan tubuh
Anthraquinone & Scopoletin Mengatasi radang & alergi
Terpenes Meremajakan sel-sel tubuh
Xeronine Mengaktifkan kelenjar tiroid & timus (fungsi kekebalan tubuh)
Proxeronine Menyelaraskan kerja sel dalam tubuh
Hipokolestemik Menurunkan kadar kolesterol darah

Sila baca lagi untuk mengetahui penyembuhan pelbagai penyakit



2) Jus Noni Membantu bagi penyembuhan
Jenis Penyakit
Kanser
Sakit Jantung
Stroke (Angin Ahmar)
Diabetes, Tipe 1 & 2
Lesu (kurang tenaga)
Peningkatan Daya Seksual
Kegemukan (Obesiti)
Tekanan Darah Tinggi
Arthritis
Nyeri
Depresi
Alergi
Gangguan Pencernaan
Gangguan Pernafasan

Sukar Tidur (Insomnia)
Lemah Konsentrasi
Peningkatan Kesihatan
Peningkatan Kecerdasan
Gangguan Ginjal
Stress


Sumber: (NONI: The Tropical Fruit with 101 Medicinal Uses)



Read More......

Thursday, June 11, 2009

Orang berjaya tidak akan membiarkan peluang berlalu depan mata



APA YANG ANDA SAKSIKAN BUKANLAH SILAP MATA TETAPI INILAH KENYATAAN> SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT.





Read More......

Tuesday, June 9, 2009

RAHSIA MINDA JUTAWAN




Kelebihan manusia adalah dia boleh meniru pemikiran dan perbuatan orang lain. Dengan teknik yang betul maka manusia boleh cuba untuk memperolehi apa yang orang lain perolehi


Nantikan kemunculan Ebook Rahsia minda jutawan di persada maya

Read More......

Sunday, May 17, 2009

Teknik hukum tarikan :Langkah 1


Hukum tarikan akan bertindakbalas kepada apa sahaja getaran emosi yang anda keluar dan pancarkan dengan memberikan semula lebih banyak getaran itu kepada anda, sama ada getaran tenaga itu positif atau negatif. Ia akan benar-benar menarik dan bertindak balas secara magnetik kepada tenaga hidup dan alam persekitaran anda.
Ingat. Tubuh anda sebenarnya adalah sebatang magnet yang berkuasa menarik apa sahaja yang berada di sekeliling anda.Pada kali ini saya akan berkongsi cara bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan tenaga hebat anugerah Allah



Langkah pertama: Kenal pasti impian anda dan mulakan niat untuk memiliki impian tersebut bagi dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.nya ialah anda kenal pasti terlebih dahulu apa yang KONTRAS(berlawanan) yang anda tidak mahu berlaku pada diri anda. Kontras tersebut sama ada yang telah sedia ada pada diri anda atau yang masih belum ada lagi.

Anda boleh kategorikan misalanya:-

Kerjaya , ekonomi, hubungan anda dengan orang sekeliling,sikap peribadi ,kemahiran komunikas anda,pendidikan,kesihatan dan imej sedia ada.Matlamat anda juga hendaklah termasuk cuba menghadkan kotras dalam hidup anda

Bahagikan kepada 3 kolum: iaitu
Kontras, kelebihan yang wujud dan Jelas( apa yang sebenarnya anda inginkan)

Contoh:- Kedudukan ideal komunikasi SAYA
Kontras
1) Saya Tidak lancar dalam pertuturan
2) Saya Tidak yakin kemukakan pendapat
3) Tidak berani untuk bercapa di hadapan orang ramai
4) Apabila bercakap , saya selalu berdebar-debar
5) Biasanya saya hanya menjadi pendengar sahaja
6) Saya berasa orang kurang minat dengan perbualan saya
7) Saya sukar untuk menyakin orang lain tentang hujah yang dikemukakan

Kelebih an
1) Saya rajin membaca
2) Saya suka bergaul
3) Saya ada cita-cita nak jadi penceramah hebat


JELAS (Apa yang sebenarnya saya MESTI dapat dan inginkan!)
1) Bertutur dengan lancar
2) Orang lain amat berminat mendengar percakapan saya
3) Menjadi penceramah yang hebat dan berwibawa
4) Dapat mengeluarkan hujah yang menyakinkan apabila mengeluarkan pendapat
5) Bertutur dengan penuh keyakinan dan mantap
6) Menjadi seorang motivator
7) Percakapan saya ditonton di televisyen dan didengari di corong radio
8) Menjadi rebutan orang bagi berkongsi ilmu
9) Tidak rasa gentar dan gementar apabila terlibat dalam pengucapan awam

INGAT: APa sahaja yang anda inginkan pastikan anda memang amat berminat dan memerlukannya. Senaraikan sebab kukuh mengapa anda mesti memenuhi impian anda . Juga senaraikan AMBAK( APA MANFAAT BAGIKU). Jangan paksa diri dengan melakukan apa yang tidak anda suka.

INGAT: Anda hanya perlu menunjukkan dengan tepat dan jelas( Jika boleh dinyatakan dengan angka dan gambaran lebih baik. Tandanya anda akan merasa satu perasaan kehebatan dan PASSION (Keghairahan untuk memiliki dan mencapainya). Begiu juga anda tidak merasa keraguan dan anda benar-benar yakin dan mempercayaia ,InsyaAllah anda akan memperolehinya.

Berjumpa lagi bagi langkah yang seterusnya. Selamat maju jaya.







Read More......

Saturday, May 9, 2009

Menjana IQ Kreatif

Minda sedar dan minda bawah sedar yang kita miliki boleh dimaksimakan penggunaannya.Pada kali ini saya akan berkongsi teknik menggunakan kedua-dua pasang minda tersebut dengan cara yang kreatif.


Ada 5 langkah praktikal:-

1. Sediakan sebuah buku impian anda. Senaraikan impian,matlamat dan cita-cita anda.Baiklah ,sekarang anda telahpun memilih impian anda.Pastikan matlamat yang ditulis adalah jelas iaitu jika pendapatan bulanan nyatakan jumlahnya misalnya RM10 000 sebulan, jika berat badan ideal nyatkan misalnya 56kg atau jika kereta nyatakan jenisnya dan harganya. Senaraikan apa sahaja impian anda dan paling penting nyatakan apakah faedah dan sebab kepentingan nilaian bahawa anda mesti memiliki impian anda. Tanpa sebab yang kukuh minda anda tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya.
Untuk memantapkan impian anda maka carilah gambar impian anda yang bersesuaian, cerita contoh kejayaan model yang anda minati atau kata-kata yang ada kaitan dengan impian anda. Tampalkan dalam buku impian anda seperti buku skrap.Tujuannya adalah setiap hari terutamanya sebelum tidur atau bangun dari tidur anda dapat tatapi buku impian anda. Seelok-eloknya tataplah ia 5 kali sehari.

2.Fokus dan berikan penumpuan pada setiap satu impian anda.
a) Apabila fokus anda jelas, kemukakan selalu soalan BAGAIMANA CARA anda ingin jadikan impian anda satu kenyataan.
b) Tuliskan dan senaraikan apa sahaja idea langkah-langkah yang akan anda lakukan. Jangan buat apa-apa penilaian dahulu. Cuma tulis sahaja sama ada logik atau tidak apa sahaja yang terlintas di fikiran.
c) Dapatkan ilmu pengetahuan atau bertanya dengan orang yang telah berjaya mencapai impian yang sama seperti yang anda impikan.Sertai seminar, baca majalah ,buku, dengar audio tentang bagaimana orang-orang yang telah berjaya capai impian mereka. anda boleh tiru cara mereka. Duplikasikan.
d) Senaraikan apa yang anda miliki dari segi sumber,ilmu, modal dan apa yang anda perlu ada dan senaraikan halangan-halangan yang dijangka dan cuba cari penyelesaiannya.

3. Anda perlu berada di dalam minda alpha. Lakukan meditasi, kosongkan minda dan biarkan minda anda terapung untuk penerokaan potensi diri. Biarkan minda anda mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan halangan . Dalam keadaan sedar ,sentiasa tanya Bagaimana...bagaimana... bagaimana? guna 5 pancaindera dan pancaindera yang ke 6 (Sixth sense) -rasa gerak hati pada persekitaran anda bagi menghidu peluang yang ada di sekeliling anda dan bagi menemui jawapan-jawapan permasalahan dan halangan capai impian anda.Anda pasti akan menemui jawapannya yang telah disediakan oleh Allah

4.Raptai minda. Gambarkan dengan sejelas-jelasnya dalam minda anda bahawa anda 'telah' dan sedang menikmati kejayaan-kejayaan anda. 'Lihatlah diri anda, dengarkan suara-suara kejayaan dan rasakan getaran emosi positif akan kegembiraan yang anda nikmati dengan rasa syukur dan berterima kasih dan jangan lupa dalam kegembiraan anda bayangkan juga sifat anda yang pemurah berkongsi kejayaan dengan orang lain di mana jika anda memiliki kejayaan anda amat gemar untuk menolong orang lain dengan pemberian dari anda kepada mereka.Amalkan sentiasa pada raptai minda anda supaya anda boleh menarik persekitaran tersebut dalam kehidupan seharian anda.

5. langkah yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang telah anda rancang dan pelajari . Aplikasikan dalam kehidupan sebenar. JIka anda masih belum berjaya cari maklum balas dari penilaian sendiri atau dari orang lain yang ahli atau pakar dalam bidang yang anda ceburi dan lakukan berulang kali berdasarkan maklum balas tersebut sehingga anda mencapai impian anda. Apapun tindakan anda yang pastinya anda mesti berdoa dan terus berdoa sambil berusaha dan bertawakallah pada Allah.



Read More......

Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas