Dapatkan di Minda Taqwa Enterprise D 109 Kg Paloh Sg Kiat 20050 K Trg h/p 013 9835318

Saturday, November 1, 2008

Tip dan panduan percuma - segera Keyakinan Diri- ANda Mesti Jadi Sesumpah!







Pernahkah anda melihat sesumpah. Keistimewaan sesumpah ialah mereka boleh menukar warna badan mengikut persekitaran. Anda perlu jadi seperti sesumpah bagi membina keyakinan diri.

Pernah pada satu ketika saya berurusan dengan sebuah pejabat dengan memakai t-shirt berseluar slack dan berselipar. Petugas di situ hanya meneruskan kerja mereka tanpa mempedulikan kehadiran saya.Apabila saya membuat pertanyaan , wajah saya pun tidak mahu dipandang. Berbanding dengan pada satu ketika yang lain saya lengkap berpakaian bertali leher , berkot dan bersepatu kilat , Dari jauh lagi petugas dan mengangkat muka ,tersenyum dan memberi layanan first class. "Ada apa encik? Boleh Kami Bantu". Wah macam dilayan seperti menteri.Bisik hati saya.
Inilah lumrah alam . Yang ada kedudukan disanjung manakala yang tidak berada dipandang remeh. Menjadi seperti sesumpah bukanlah kita menjadi sifat hipokrit, tetapi kita mempertahankan intergeriti kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Dengan berpakaian kemas dan rapi, menjadikan kita berasa bertambah yakin dan dihormati oleh orang lain. Orang lain tidak akan memandang kita hanya sebelah mata sahaja. KIta bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi kita sebenarnya dilahirkan di dunia ini sebagai orang PENTING.

Jika anda mampu keluarkanlah sedikit perbelanjaan untuk membeli pakaian yang dapat meningkatkan imej anda kerana anda akan dilayan sebagaimana imej dan cara berpakaian anda mengikut tempat dan suasana.Pelajaran inilah yang ditunjukkan oleh sesumpah supaya kita berfikir mengapa kita perlu menyesuaikan diri menjaga imej dan berpakaian supaya menojolkan keperibadian orang PENTING.

Minda Bawah sedar kita akan mempercayai apa sahaja pakaian yang kita pakai dan menyesuaikan emosi dan kepercayaan kita. Lihat sahaja pelakon. Mereka beraksi dan berkelakuan sepertimana pakaian atau kostum yang mereka pakai.
Dari orang miskin kepada golongan berada. Watak mereka mengikut pakaian mereka. Anda juga begitu.Apabila anda berpakaian seperti orang PENTING, emosi, tanggapan, pemikiran dan kepercayaan anda akan berubah. Ini membawa kepada personaliti , sikap dan tindakan anda diselaraskan mengikut mode baru. Jika anda hendak berjaya maka anda perlu memakai pakaian orang yang telahpun berjaya.ANda tentunya merasa satu perasaan yang hebat dan seterusnya menjana keyakinan diri anda

SIAPA DIRI ANDA ADALAH BAGAIMANA CARA ANDA BERPAKAIAN.ANDA AKAN DILAYAN MENGIKUT CARA ANDA BERPAKAIAN.
YAKIN ATAU TIDAK ,ANDA SENDIRI YANG MENENTUKAN.










































3 comments:

  1. Setuju dengan Amiey.. Cara kita berpakaian kadang-kadang mencerminkan keperibadian kita.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tirana. nampaknya awak seorang shj yg beri komen. terima kasih beri sokongan untuk saya terus menulis

    ReplyDelete
  3. hai,bru first ni ati terasa nk msuk blog ni..mmg tak dpt dinafikan salah 1 faktor utk membina keyakinan diri melalui cara kita berpakaian..selain tu emosi yg baik jga turut membantu,pendek kata semuanya mestilah berjalan seiring..

    ReplyDelete


Koleksi Template by MyP4U dot via dot my Powered by Solehpolysas